04 Disember 2009

MCA tangguh AGM Sabtu ini

MCA telah menangguhkan mesyuarat agung tahunannya (AGM) yang dijadual Sabtu ini ekoran persetujuan untuk mengadakan pemilihan baru pucuk pimpinan bagi mengatasi krisis dalamannya.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Ong dirawat di hospital semalaman Isnin lalu kerana sakit perut.

Menurut pembantunya, Ong tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan doktor mengarahkannya supaya berehat.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut, Dr Chua berkata tarikh baru AGM itu belum ditetapkan, tetapi dijangka diadakan awal tahun depan.

"Ini adalah satu permulaan yang baru untuk menyatu padu dan menstabilkan parti," katanya.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: