15 Disember 2009

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

HarakahDaily.Net/-

9 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

kata-kata istimewa karpal signh "lu jangan main-main"

kata kuno cina "tahu tak macamana eja perkataan mati, kalau tak tahu mari aku ajar"

goldenduas berkata...

PLEASE DOWNLOAD FROM WEBSITE www.goldenduas.com relating to
GOLDEN DUAS FROM HOLY QURAN for PEACE, SECURITY,HEALTH& WEALTH, FOR
MANKIND.

THE SAME MAY BE DISTRIBUTED TO ALL FAMILY MEMBERS, RELATIVES
& FRIENDS WHO ARE RESIDING ALL OVER THE WORLD AS PER THE ORDER,
GUIDANCE AND DIRECTIONS OF OUR LORD BASED ON THE HOLY QURAN VERSES
2:2, 10:57, 17:11,16 & 39:55&57,65:8,13:37
WITH KIND REGARDS

Plz add a link to our website so your visitors will benefit from the duas in Quran Insha allah

Gedong Lalang berkata...

Salam sejahtera pembaca budiman.

Seandainya Tuan Guru Nik Aziz diperlekehkan rakyat jelata dari seluruh Malaysia akan bangunkan mempertahankan TGNA. Diingatkan kuncu kuncu Umno/BN janganlah mempertikaikan kebolehan TGNA mentadbir Negeri Kelantan dengan menyuruh beliau letak jawatan.

Jika diizinkan Allah dan TGNA dalan sehat sejahtera Rakyat Kelantan maseh mahu beliau mentadbir negeri Kelantan sepenggal lagi selepas PRU 13. Insya Allah. Diharap Umno/BN dapat bersabar sehingga menjelang PRU 13 daripada menyuruh TGNA meletakan jawatan.

wanjb84 berkata...

Islam tidak mengajar kekerasan,
Islam tidak mengajar umatnya memaki hamun,
Tapi itulah hakikatnya yang selalu dilakukan oleh parti PAS semasa pilihnraya.
sungguh memalukan umat islam...

tpac berkata...

cakap cakap kosong seorang penghabis modal

Tanpa Nama berkata...

dalam berdakwah ade mase kena tegas, ada masa kena berlembut..boleh kembali pada sirah..ambil sedikit masa untuk baca balik sirah...islam perlu guna kekerasan tapi pada tempat yang sepatutnya..kalau cara lembut saje takkan la sampai berpuluh peperangan ada mase zaman nabi..bab maki hamun pulak saya mintak wanjb84 tgk la tafsir surah al-lahab....bukan ke Allah sendiri mencela dan memaki abu jahal?adakah Allah tu salah sebab dia mencela abu jahal?isunya di sini kita boleh mencela tu pada tempat yang sepatutnya...pada pemimpin yang zalim dan sbgainya...kita dikurniakan akal untuk berfikir...maka gunakanlah akal tu dengan sebaiknya..

Tanpa Nama berkata...

kita sokong penuh 100% TGNA, teruskan usaha menentang UMNO

Tanpa Nama berkata...

semoga pakatan rakyat dan TGNA berjaya keputrajaya PRU13

Tanpa Nama berkata...

wanjb 84:

kalo dh amik maklumat sebelah pihak, mmg cmtu la pemikiran ko. asyik ckp PAS ganas,suka maki hamun,jahat, n mcm2 lg..xde anjakan paradigma lgsg..ape ko xbc ke laporan petugas PAS kena serang, kena tetak kt bgn lalang oleh pemuda tahan lasak UMNO? sape yg buat? saksi pon ckp pemuda UMNO situ yg buat..last2 pemimpin UMNO kluarkan statemnt, "provokasi yg dibuat sendiri oleh PAS". gila apa pemimpin UMNO! org gila pon x tetak diri sendiri..tula, UMNO dh ikut ajaran Mahathir,''anwar tumbuk diri sendiri"..kalo PAS dikatakan ganas, hbs tu UMNO tu ape? lembik? pondan? aa-au cm hishamuddin? daghai (spesies laki+pompuan)? kalo cmtu ptt la dato' azeez tu mengadu kene tumbuk 9x, tp xde lebam pon, aa-auww rupanye..org PAS x lembik cm UMNO wanjb84 oii..tumbuk 9x xlebam..

from: anak perak