19 Januari 2010

Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam

3 Safar 1431
http://akhisalman.blogspot.com/


1.MUKADDIMAH

Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu disini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.

2. BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI


Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:


والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم


"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:


فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم


" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."

hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.

3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI

Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.

Cara pertama:

Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.

Cara kedua: Dengan DOa

Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:


اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ


"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."

Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."

Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.

4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MERKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN

Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:

"ALlah tidak melarangkamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)

Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:

"ssghnya Allah hanya melarangkamu menjdkan org2 yg memerangi mu kerana agama mu dan mengusir mu dr kampung halamanmu dan membantu utk mengusir mu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan ,mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)

Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.

5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT

Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Diantaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr Nasr Farid al-Wasil, Ulama saudi albani dan syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR YUSUF QARDAWI.

Dr Yusuf Qardawi berkata:

"Diantara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih2). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada2 saudara2 dan anak2 kita di palestin.

Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangam mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu diatas perkara permusuhan dan dosa.

Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."

5. KESIMPULAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebaranian seorang Doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik (orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:

"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan (menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)

JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.

Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.

13 ulasan:

Pemuda Ansorullah berkata...

ustaz, saya ingin bertanyakan beberapa soaln serta hujah.

kfc. kita akui, beratus-ratus juta hasil dr kfc, telah disalurkan sebagai kebajikan sama ada terhadap badan2 islam yang tertentu mahupun kepada pekerja. apa yang menjadi persoalan ialah, ramai yang mengatakan haram kita makan kfc, berdasaskan fatwa al-Qardawi itu. tetapi, ape yang sy tahu, kfc di malaysia adalh syarikat persendirian oleh rakyat malaysia. walaupun dikenakan cukai oleh kfc pusat yang berada di amerika. bg sy, kfc di malaysia, halal n harus disebabkan beberape perkara seperti berikut:

1. jikalau kita mengharamkan kfc, ramai pekerja2 yang bekerja dengan kfc akan terputus mata pencarian. untuk pengetahuan ustaz, hampir 70 % pekerja kfc adalah melayu islam. so, jika ibu bapa yang bekerja dengan kfc ini, maka kita telah menyekat rezeki ank2 mereka yang memerlukan sesuap nasi.

2. bagi saya, kafc di malaysia, sistemnya seperti kita menyewa rumah dengan org bukan islam. konsepnya begini. kita menyewa sebuah rumah dengan pemiliknya adalah bukan beragama islam. apabila, pemilik tersebut bukan beragama islam, maka risiko pemilik tersebut melakukan kemungkaran adalah terlalu besar. tujuan kita hanyalah menyewa rumah tersebut, tanpa mengira wang yang kita bayar untuk sewa rumah tersebut akan digunakan sebagai melakukan kemungkaran seperti minum arak.

bagi sy, ini adalah pendapat sayan sendiri. sy hanya menumpukan terhadap konsep yang digunakan oleh kfc sahaja kerana, pengerusinya, ada menulis tentang jihad bisnes yang diperjuangkannya. bagi barangan amerika yang lain, sy belom nampak lagi konsepnye yang mungkin mengharuskan kita menggunakannya. saya amat berlapang dada sekiranya sy tersilap memberi hujah. Wallhualam.

Tok Pambu berkata...

Di negara2 yang benar2 Negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, dan lain2 pun gagal melaksanakan nya, apapula dengan Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini?

Lihat saja McDonal, KFC dan Pizza Hut, setiap masa penuh sesak.

Sekarang perkataan "BOIKOT" ini sudah tidak beri apa2 makna di mana2,bila2 masa atau kepada sesiapa juga pun.

Hasbullah Pit berkata...

Tapi boikot kita terbalik.

Kita patutnya tak jual barang pada mereka, bukan sekadar tak beli barang drpd mereka.

Tanpa Nama berkata...

BOIKOT ??? NAK KE TAK NAK??

KFC, McD dan lain2 produk tidak haram sebab Jakim dah sahkan ianya HALAL.. Isu yang penting di sini bukannya isu HARAM.. tetapi isu SHUBAHAH.. Contohnya, kawan kita yang untung dari berjudi belanja kita makan dan kita tahu dari mana wang tu dtg.. Tidak Haram makanan tu kecuali ianya babi.. Tetapi kita sudah lakukan perkara SHUBAHAH.. Yang samalah juga dgn menyokong dia berjudi lagi.. Yang samalah juga seperti kita menyokong KFC, McD, Nestle, dll syarikat lagi membantu Yahudi dan sekutunya menyerang dan membunuh saudara2 Islam kita dan juga memesongkan akidah dan menyesatkan umat Islam.. Fikirkanlah..

Abdullah Ngah berkata...

kita boleh bercakap boikot barangan Israel (Yahudi) Tapi malangnya masih ada yang berkata tidak haram beli barangan musuh Allah itu.

Setakat ini jarang kita lihat orang kita patuh dengan kehendak Allah.Sebab itu Yahudi boleh bunuh orang palestin.

david ahmad muniandy berkata...

Pulau Pinang pun ada kaum Yahudi juga iaitu di Georgetown Jalan Yahudi nama sekarang adalah Jalan Zainal Abidin, sana pun ada tanah perkuburan Yahudi telah jadi hak milik kaum Yahudi.

Yusof Ahmad berkata...

produk yahudi diberi nafas baru utk mengaburi mata org..,Yahudi tidak perlu ujud di negara kita utk jual produk beliau,tapi luaskan empayar niaga dgn hantar produk2 mereka..
KFC berada di seluruh dunia walaupun org tak tahu dalang dibelakang semua dana Yahudi.bukan KFC shaja,coka cola,Pepsi,Pizza Hut,Nestle semua paksi hak yahudi,share mereka masuk tanpa kita sedari menjadi ekonomi mereka kukuh dgn taja org di seluruh dunia...duit ini Yahudi guna utk ape,,lu fikir sendiri

david ahmad muniandy berkata...

Insuran AIA pun kena haramkan, filem barat termasuk keluaran 21st FOX CENTURY pun kena haramkan, astro pun kena haramkan beberapa siaran kerana mengandungi filem-filem barat termasuk tv123789, rokok impot dari barat pun kena haramkan penyumbang paling besar kepada israel adalah rokok dunhill dan rokok salem(Jerusalem), tayar dunlop dan michelin and the geng pun kena haramkan dan gunakan hankook dan simetyre, starbuck pun kena haramkan, AMD,intel dan microsoft pun kena haramkan guna apple linux, pen jenama parker pun sama juga, gula-gula jenama hacks pun kena haramkan, gula-gula getah jenama spearmint pun kena diharamkan, petronas menjual bahan bakar kepada shell,bhp,caltex dan exxon berpengkalan di malaysia pun kena hentikan, kereta impot seperti ferarri,mercedes,bmw,ford,
chevrolet,volvo dan lain-lain pun kena hentikan guna kereta jepun,korea dan malaysia, carrefour giant jusco tesco pun kena haramkan, nokia,sony ericsson dan motorola pun kena haramkan guna samsung lg i-mobile m-mobile.

kalau nak merasa menikmati kfc pergilah beli radix fried chicken dan kopi radix keluaran produk HPA.

jadi apa yang tak puas hati lagi, selagi kita dah beli dan dah pakai barang mereka dan kita sudah tahu barang-barang jenama penyumbang besar kepada israel yahudi itu kita berhenti sahaja jangan ketagih gian barang produk mereka habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

abis tu dh tok guru kta sndiri tuan presiden dh lncarkn facebook nya...kta ank2 murid nk kta apa.hrp tuan presiden sndiri tlg jelaskn.

Tanpa Nama berkata...

abis dh tok guru kta sendri dh lncrkn facebook nya..ank2 murid nk kta apa..mnta tuan guru sndri prjelaskn

david ahmad muniandy berkata...

tok guru orang lama tak erti tentang multimedia internet berkomputer yang canggih kecuali anak buah dia yang sendiri pandai-pandai p letak.

Tanpa Nama berkata...

boikot memang satu cara untuk melemahkan orang kafir..soalnya,mampukah kita memboikot semua barang yahudi???..contoh di mesir..bekalan elektrik adalah dari israel..tak kan mesir nak gelap je..mengikut pendapat sebahagian ulamak mengharuskan kita menolong atau bermua'malah dgn yahudi..dengan syarat 1)terlalu berhajat..2)percaya..sahabat2 boleh rujuk kitab tafsir ayat ahkam imam assobuni dan kitab tafsir ayat ahkam imam ali assayas..pada tafsir surah al-imran ayat 28..
marilah sama2 kita menentang yahudi dengan apa cara yang termampu..memang banyak barang yang perlu di boikot..kata imam al-gazali kalau tak dapat semua jangan tinggal semua..kalau tak dapat boikot semua,jangan pulak tak boikot langsung..
yang paling penting agama adalah yang utama..wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Saya nak berkongdsi kepada semua org , ramai org ckp Produk Intel adalah Yahudi , n AMD bukan yahudi , setelah sya search AMD di Internet Trnyata AMD jugak yahudi , negara Asal nya adalah New York , mcm jgak nokia brbnding jnama hp lain , kbykan nya yahudi , yg mmbeza nya adalah populariti mnyebab kn org tahu atau x produk trsebut yahudi atau tdak , ksimpulannya , agak ssh jgak kita nak boikot produk yahudi ni .