26 Februari 2010

Alhamdulillah, saya selamat...

11 Rabiul Awwal 1431.


Alhamdulillah saya selamat.


Sekitar jam 10.30 malam tadi saya selamat sampai di rumah dihantar oleh Unit Amal Bukit Gantang. Alhamdulillah dalam kemalangan yang saya alami petang tadi saya tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun terpaksa menerima hakikat kerosakan kereka adalah teruk dan memakan masa untuk diperbaiki.

Sebenarnya sehari dua ini badan juga kurang sihat dan pagi tadi saya sempat menemui Doktor untuk meminta ubat batuk, demam dan selsema. Selain itu saya mengambil peluang untuk memeriksa jantung, kolesterol dan kandungan gula. Alhamdulillah keadaan jantung dalam keadaan baik, kandungan gula 4.2 dan kolesterol 5.06. Kata doktor semuanya baik dan normal.

Itulah kata pepatah, "malang tidak berbauh" dalam perjalanan ke Tapah untuk menghadiri majlis minum teh pada jam 5.00 petang dan sebelah malamnya ada ceramah isu semasa. Dalam keadaan "mengelamun" selepas makan ubat sepanjang perjalan saya sesekali jaga dan tidur berlakulah kejadian yang tidak diingini tersebut.

Semasa pemandu peribadi terkejut dalam keadaan kereta sedang menaik bukit di Bukit Berapit selepas Hentian Sebelah Bukit Gantang, saya terjaga dari tidur dan sempat melihat keadaan kepala lori semacam membawa kontena sudah menghulurkan kepala ke kanan dan sebahagiannua berada dikawasan sebelah kanan.

Dalam keadaan tersebut saya kira pemandu saya telah mengambil langkah yang tepat untuk tidak memberek dengan mengejut dalam kelajuan hampit 100 km sejam dan dia mengambil jalan tengah untuk terus merempuh lorong yang telah mengecil itu.

Disitulah sebelah kiri kereka tersangkut dengan bahagian hadapan lori dan alhmadulillah kereta kami tidak berpusing langsung dan dalam keadaan tayar dan rim yang telah pecah kami meminggir ketepi dan lori yang terlibat terus cabut lari.

Rasa lemah badan dan dalam keadaan agak trauma dan menggeletar saya keluar dari kereta dan mengarahkan pemandu meletakkasn sesuatu tanda dan saya menalifon PLUS dan temah-teman seperjuangan.

Seingat saya yang sempat saya hubungi ialah YB. Zainuddin, Hj. Mustafa Wahab dan Cikgu Sharuddin. Semuanya berada berdekatan dengan tempat kejadian. Selain itu ada beberapa kereta yang mengenali berhenti untuk bertanya khabar.

Selepas terselamat dari musibah yang lebih besar dan walaupun inilah yang terbesar semenjak saya memiliki kereta sendiri pada tahun 1994. Minggu lepas saya juga terlibat dengan kemalangan di bandar Tanah Merah dalam perjalanan balik sesudah Berhari Raya Cina di Kelantan. Bumper hadapan semuanya rosak dan mootosikal yang terlibat dengan kemalangan itu serta 2 penumpangnya mengalami kecederaan kecil.

Alhamdulillah saya dalam keadaan baik dan akan kembali bertugas esok hari. Petang esok saya akan menaiki kapal terbang dari Penang ke KL untuk menaiki Kapal terbang ke Miri Sarawak pada awal pagi sabtu ini kerana program yang telah diatur lebih awal.

Awal pagi minggu 28 Feb saya balik ke Kuala Lumpur untuk mengikut 3 program yang diatur dan bari kembali ke Parit Buntar pada pagi Isnin ini.

Semangat kembali pulih walaupun telinga masih rasa bengang dan terbayang-bayang bagaimana kejadian petang tadi, namun tidak melemahkan semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mambantu saya semasa selepas kejadian, semasa membuat laporan di IPD Kuala Kangsar sehinggalah yang menghantar saya sampai ke rumah di Parit Buntar.

Selain itu terimakasih kepada yang menghebahkan sedikit ujian ini dalam beberapa blog berserta dengan gambarnya sekali. Seingat saya blogger Infotambahan yang berada dan menyiarkan dalam blognya dan diulang posting dan beberapa blog yang lain.

Selain itu terima kasih kepada rakan seperjuangan yang bertanya khabar melalui talifon dan sms. Antaranya Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain. Selain itu Timbalanynya, Ust. Mustafa Shaari yang kebetulan habis program di Bukit Gantang bersama rombonganya menjenguk saya semasa di IPD Kuala kangsar tadi.

Tidak lupa terima kasih kepada Ust. Misbah yang menggantikan tempat saya di Tapah dan pelbagai pihak lain byang tidak sempat saya sebutkan namanya disini.

Semuga Allah melipat gandakan ganjaran untuk semua dan sentiasa memberi ketabahan kepada kita dalam menempuh pelbagai ujian yang datang dan pergi.

15 ulasan:

Syawal Ipoh berkata...

Alhamdulillah.
Semoga tabah dgn cobaan dan ujian

anakjatiperak berkata...

syukur alhamdulillah...Yb selamat.semua ini adalah ujian daripada Allah untuk hambaNya yang beriman dan menguji tahap kesabaran kita dalam menerima kemenangan dan kesukaran. Takbir!!!

Team intanhijau berkata...

Salam. Syukur YB selamat. Kami di Teluk Intan sentiasa mendoakan akan keselamatan YB dan keluarga dalam meneruskan perjuangan ini.

FutureLeader berkata...

Alhamdulillah. Saya doakan YB dalam keadaan sentiasa dirahmati Allah. Semoga kita diberi pertolongan pada setiap dugaan yang menimpa

Allahu Akbar

Tanpa Nama berkata...

Patutlah ada 'jammed' dari Ipoh ke Tapah tadi rupanya YB.. tapi saya dari KL ke IPOH.. tak perasan pun ada kemalangan. Saya terus memandu. Apa pun Alhmulillah YB dan semua selamat.. itu yang penting.. kami sayangkan YB.. kereta boleh cari.. YB macam ni payah nak cari.. - imam

KayaBerjaya berkata...

askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran.alhamdullilah YB selamat..teruskan perjuang anda kemanisan sedang menunggu.wasalam

KayaBerjaya berkata...

askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran

Kuda Perang berkata...

Mudahan ustaz dilindungi oleh Allah SWT selalu dan sentiasa diberikan kesejahteraan dan kesihatan demi perjuangan di jalanNYA ini..amin.

armouris berkata...

semoga yb sentiasa dilindungi Allah! elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Hijau_permai berkata...

salam YB,

syukur alhamdulillah YB dan pemandu peribadi YB tidak mengalami apa2....syukur pada Allah....jgn putus asa....Allahuakbar!!

salim berkata...

kepada annajah yg diatas tu

jangan guna perkataan 'askum'
kalau nak ringkaskan assalamualaikuam
gunalah perkataan 'assalam' atau 'salam' je
itu pesanan ustaz saya

Tanpa Nama berkata...

owh... perasan semalam ada kerosakan keter kat kilang batu kapur kuala kagsar..
saya mase tue dari taiping nak menuju ker ipoh..
syukur alhamdulillah yb selamat..

Tanpa Nama berkata...

Asm,
YB kena buat kajian sikit, baru ni kemalangan berlaku pada YB Nizar. Ini mungkin satu perancangan jahat sebagaimana yang berlaku kepada Almarhum Prof Zulkifli, harap semua YB Pakatan Rakyat hati-hati dan hendaklah sentiasa munajat kepada Allah SWT

Unanimous berkata...

Salam semua yb2 PAS Utamakan keselamatan. Sebelum naik kereta periksa semua bahagian kereta dalam dan luar, mana tau ada pengkhianat nak buat naya. masa park kereta, park di tempat yang selamat. Minta adakan pengawal keselamatan yang memerhatikan secara rahsia supaya kereta YB2 TIDAK DIPASANG APA2 GADGET BENDA2 BAHAYA. PERIKSA BREK, STERENG DAN AMBIL SEMUA LANGKAH KESELAMATAN. MUSH ISLAM ASA DIMANA2

baei berkata...

Alhamdulillah YB, Allah masih sayang pejuang Islam, semoga YB mendapat kelapangan selepas ini.