27 Februari 2010

JANGAN JADI MACAM UMNO SAMBUT MAULIDUL RASUL

12 Rabiul Awal 1431
OLEH: JJ ANAK DESA
joharapat.blogspot.com

Tarikh 12 Robiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunmia bagi mengingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w.. Ianya mengingatkan kita kepada sirah Nabi, perjuanganya menegakkan agama Islam dan halangan halangan yang terpaksa ditempuh oleh Kekasih Allah itu dalam memastikan Islam dijulang.

Umat Islam di dunia khususnya di negara ini, bulan ini adalah bulan paling sebok, bulan paling banyak ceramah, masjid masjid akan mengadakan sambutan Maulidul Rasul untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Memperingati kelahiran Rasulullah dengan berbagai program, ada yang berarak, ada yang melakukan sambutan di tempat tertentu, ianya merupakan satu penghormatan kita terhadap Nabi Muhammasd s.a.w.

Namun satu yang perlu kita ingat, sekadar menyambut kelahiran Rasulullah sahaja tidak bermakna jika kita tidak mematuhi perintahnya, kita menghayati perjuangannya. Orang paling hebat menyambut kelahiran nabi Muhammad adalah bapa saudaranya, Abu Jahal.

Tetapi bila seruan Nabi mengajak mengesakan Allah, Abu Jahal orang yang paling hebat menentang Rasulullah. Jadinya jangan ada di kalangan umat hari ini berperangai saperti Abu Jahal.

Abu Jahal Moden ramai di zaman ini, bila sambut Maulidur Rasul, dialah yang paling kedepan, malah suaranya yang paling kuat selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad, tetapi dalam masa yang sama dialah orang paling kuat menentang Islam, menentang perjuangan Islam dan menentang Jemaah Islam yang memperjuangankan Islam.

Kita jangan jadi macam Umno sambut Maulidul Rasul. Umno pentingkan perarakan dan sepanduk, tetapi tidak pula pentingkan sunah Rasul, tidak pula menghayati perjuangan Rasul, tidak pula menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam menerintah negara.

Umno hanya pentingkan perkara perkara yang kecil, sedangkan perkara yang besar saperti memerintah negara menurut Alquran dan Al Sunnah tidak dilakukan.

Umno lebih pentingkan perayaan menyambut kelahiran Nabi Muhammad tetapi perjuangan Nabi tidak diambil iktibar, melihat kejayaan Nabi selaku ketua keluarga semata mata tetapi tidak pula melihat Nabi sebagai Ketua negara yang paling berjaya.

Umno pentingkan musabaqah Alquran, tetapi Kerajaan Umno/BN tidak pula berusaha untuk menjadikan hukum hukum dari Alquran sebagai peraturan negara. Kerajaan Umno/BN buat banyak masjid, tetapi Kerajaan itu jugalah luluskan kilang arak, memperbanyakkan lesen judi.

Jadi apa maknanya sambut Maulidul Rasul sedangkaN apa yang yang Allah dan Nabi perintah dan tegah, Umno tidak ikut dan tidak patuh. Umno hanya bersifat `Samitna waataqna (kami dengan dan kami taat) sebaliknya bersifat `samitna waasaina'(kami dengar dan kami tidak patuh).

Kita jangan jadi saperti burung kakak tua atau burung tiong yang hanya pandai bertutur mengucapkan selamat tetapi tidak tahu apa yang diucapkan. Umno pun macam burung kakak tua atau burung tiong yang hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi Umno sendiri tidak tahu melaksanakan apa yang mereka cakapkan.

Umno kata Islam itu Syamil,lengkap, tetapi kerajaan Umno/BN mengambil sebahagiannya sahaja dan tolak sebahagian. Boleh ke ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain dari Alquran? Sedangkan Allah dan Rasulnya memerintah kita terima keseluruhan. Apakah kita hendak ikut Umno/BN lagi?

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini Umno dan kunco kunconya mengubah perpepsinya terhadap Islam, tidak ada lagi salah faham terhadap Islam. Islam itu memerintah bukan diperintah.

9 ulasan:

Awanama berkata...

sangat2 setuju....

Awanama berkata...

salam, jangan lah kita saling tuduh menuduh dan saling bersengketa sesama MELAYU...sesungguhnya jika umno buat kesilapan tegurlah mereka dengan cara baik lagi sopan...(KERANA ORANG MELAYU HATINYA LEMBUT DAN TIDAK SUKA DIPAKSA-PAKSA ATAU MENERIMA TEGURAN YG KERAS)...BERDAKWAH DAN POLITIK PERLU DI GERAK SEIIRING....DAN INGAT ORG MELAYU KINI TELAH DILAGA-LAGAKAN OLEH AHLI2 KONSPIRASI YAHUDI...MAKA KERJASAMA DI KALANGAN UMAT MELAYU AMAT PENTING KETIKA INI..

Awanama berkata...

Salam Dr,
Salam serta selawat keatas junjugan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Sempena sambutan maulidur rasul tahun ini, S.Aman, Sarawak dijadikan pusat perayaan.Spt biasa, perarakan diadakan dan dihadiri pulak oleh TYT, KM dan para pembesar.Kebetulan tarikh sambutan jatuhnya pada hari jumaat.Yang menghairankan semasa saya pergi untuk menunaikan salat jumaat, ternampak banyak lelaki dewasa yang melepak di stesen-stesen van dan di kedai=-kedai kopi.Ini kah amalan orang-orang islam,cuma ghairah menyertai perarakan tetapi gagal menghayati sirah rasulullah.

Awanama berkata...

apa ada pada MELAYU?tinggikah mrtabat MELAYU di sisi Allah?Muliakah MELAYU disisi Allah?Lupakanlah berjuang Melayu ni bro...sebab klu sebut melayu...boleh sebut takat pintu kubur jer...lepas tu..malaikat tak pandang..lu melayu ker..cina ker..india ker..mat salleh ker...tapi yang malaikat tanya...agama kamu?( Rujuk suara tok imam kampung baca talkin bila orang kampung mati) Jadi sebelum kita mati...tinggallah berjuang melayu ni..bjuanglah atas nama ISLAM!

Abdullah Ngah berkata...

kasih orang UMNO pada Nabi Mohammad SAW macam kasih Abu Lahad dan abu Talib.

Kasih orang UMNO pada nabi Mohammad SAW, kasih kasih tidak ikut perintah Nabi dan Allah.

Nabi Larang makan rasuah,UMNO jadi rasuah sebagai amalan budaya darah daging.

Bagi larang makan riba, tetapi orang UMNO jadikan riba amalan dan budaya dan darah daging.

Kalau kasih kepada Rasulullah SAW buatlah macam Saidina hamzah, macam Saidina Omar dan macam saidina Abu Bakar, macam saidina Othman dan macam saidina Ali.

Itu baru betul.

Walad Chabau berkata...

Melayu tidak akan dibawa mati....yang penting sejauh mana kita beriman dan beramal dengan kalimah lailaha illallah,Muhammadrrasulullah.

Awanama berkata...

setuju sgt ape yg tanpa nama ckp 2,brape sen laku melayu depan tuhan akhirat nanti hah???

Awanama berkata...

kata melayu kepintu kubur je. dalam kubur para malaikat akan tanya tentang agama pulak. dan akhir sekali sampai kehadrat Allah, Allah akan tengok hati mereka itu. Inilah puncaknya.
akhlak bagus, agama bagus tapi hati busuk, neraka tempatnya.
dahi sampai bertanda hitam tanda tawadduk kepada Allah, tapi hati bertanda hitam tanda penghuni neraka.

Awanama berkata...

Salam Dr.

Salam serta selawat keatas junjugan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, semperna sambutan malidul rasul tahun ni. Kalau diperhalusi sambutan yang telah berlangsung banyak yang tak kena yang mana disertai olih Pembesar2 Negeri sebagai contoh :

1. Berkumpul kat padang .
2. Bersalawat di sepanjang laluan
3. Membawa bendera kepartian hendaklah diharamkan.

kalau sambutan dibuat dalam Masjid (Rumah Allah)
lebih baik rasanya, sekurang-kurangnya orang Islam dapat menunaikan solat suboh/Sunat Sajadah kerana sambutan jatuh pada Hari Jumaat. lepastu bersalawat san disertai para malaikat, akhir sekali tazkirah keatas rakyat jelata dapat mendekatkan Raja dan Rakyat. amin..