27 Februari 2010

Terima kasih kepada semua....

12 Rabiul Awwal 1431H.

Berikutan dengan sedikit musibah yang menimpa saya kelmarin, sampai saat ini saya masih menerima sms dan talifon dari teman seperjuangan dan para penyokong Pakatan Rakyat bertanyakan khabar.

Alhamdulillah boleh dikatakan hampir sepenuhnya pulih dari "trauma" kesan dari kemalangan yang tidak pernah saya alami sebelum ini sejak saya memiliki kereta sendiri sejak 1994.

Hampir semua mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk saya, dan mungkin kerana itulah saya semakin kuat semangat sebelum berangkat ke Miri petang ini.

Namun itulah dikatakan kehidupan, sebanyak maanusia yang mendoakan kebaikan untuk diri saya ada juga yang mendoakan dan mengharapkan yang tidak baik untuk saya. Walaupun saya tidak meminta namun itulah dinamakan kehidupan dan tanggungjawab sesama Islam untuk mendoakan kebaikan untuk saudaranya.

Itulah ujian dan cabaran hidup seperti antara komen yang tidak sangup terbitkan diblog kesayangan dengan katanya nya.....Masih hidup lagi....

bagi memastikan itu komen mengenai berita kemalangan saya, sempat saya cuba terbitkan dan memadamnya dengan segera. Jelas saudara telah mendoakan sesuatu yang buruk untuk saya.

Dengan memperkenalkan diri sebagai "Rahman", rupanya saudara yang mengirim komen tidak seRahmannya Allah SWT kepada para makhlukNya.

Yang pasti "rahman" yang mengirin komen diatas tidak lah teman-teman yang bernama Rahman yang saya kenali, firasat saya ia adalah orang melayu yang lahir setelah 50 tahun UMNO memerintah negara yang jahil dan tidak faham Islam.

Malu saya kalau ada manusia yang menggunakan salah satu Asmaul Husna Allah SWT namun perangai dan komennya adalah semacam meminjam lidah orang yang tidak beriman.

Buat "rahman" saya tetap mendoakan yang terbaik untuk anda dan sentiasa diberikan peluang untuk panjang umur bagi mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

Disamp[ing dihari mulia kelahiran junjungan Rasulullah semuga saudara lebih mengenali akhlak Islam.

Saya doakan supaya saya terus bersabar dengan karenah manusia dan komen yang melampau itu. Sedikit sakit dihati yang saya rasakan kerana komen yang sedemikian tidak sesakit luka dan kecederaan parah kalau itu ditakdirkan kelmarin. Alhamdulillah saya selamat.

Namun hidup mati , ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi yang tidak mungkin dapat kita sanggah. Kerana itu bila Izrail sudah berada dihadapan kita siapapun tidak dapat memohon ditangguhkan mati yang pasti segera mengiringi kehidupan ini termasuklah "rahman" yang tidak berhati perut itu.

9 ulasan:

Awanama berkata...

Salam,

Org2 yg beriman jika ditimpa musibah, dia bersabar dan berserah diri bulat2 kpd Allah SWT, dan mengucapkan 'innalillah hi wa inna ilai hirajiun' kerana kita semua dari Allah (termasuklah ujian itu pon semuanya dari Allah) dan dia Maha Mengetahui kenapa kita di uji begitu dan apa hikmahnya...dan pasti ada kebaikan... Mungkin kemalangan yg YB kena ini adalah untuk mengelakkan kemalangan yg lebih teruk di depan...siapa tahu. Allah Maha Bijaksana dan Maha Rahman dan Maha Rahim. Jadi kesyukuran dipanjatkan kerana ada org lain yg lebih kurang bernasib baik berbanding kita.

Kepada yg bernama 'Rahman' tu tak pelik YB, penggunaan nama 'Rahman' tu pon dah SALAH BESAR... kita tak boleh menggunakan nama tuhan 'Rahman' tu kerana ianya adalah khusus untuk Allah, kita hanya boleh gunakan Abdul Rahman.. Setahu sy, hanya Allah sahaja yg boleh menggunakan nama 'Rahman' ini...memanggil org dengan nama 'Rahman' pon salah, kita kena panggil dengan nama penuh 'Abdul Rahman'.

Satu lagi tak heran juga pasal Yahudi Laknatullah pon pakai nama Israel (nama panggilan untuk Bani Israel-golongan yg baik2 pengikut/keturunan Nabi Ya'kub a.s dan Nabi Daud a.s)... Jadi Yahudi Laknatullah yg menjadi satu2nya bangsa yg dilaknat oleh Allah di muka bumi ini pon merompak nama org2 yg baik untuk digunakan sebagai penyamaran... Mereka semua ni gilakan/tamakkan dunia sama seperti Yahudi dan ingin membolot semua (termasuk ROYALTI MINYAK) dan menjadikan manusia sebagai hamba2 mereka (WANG EHSAN) dan Islam dan pejuang2 Islam adalah penghalang utama cita2 mereka...jadi dendam kesumat golongan spesis yg sama ini terhadap Islam dan pejuang2 Islam yg ingin mendaulatkan Islam dan mengubah manusia dari menjadi hamba kepada mereka kepada menjadi hamba total kepada Allah/Ar Rahman ini akan berterusan hingga ke hari Kiamat...

Pilihan kepada kita semua sama ada cintakan dunia dan dpt azab di akhirat atau cintakan akhirat dan dunia akan berada di bawah tapak kaki kita.

Awanama berkata...

teruskan perjuangan Tuan, biarlah orang lain mendoakan keburukan asalkan para penyokong gerakan Islam sentiasa mendoakan keselamatan pemimpin seperti tuan.

Awanama berkata...

Moga Allah sentiasa melindungi mu didunia & akhirat.

Amin

Awanama berkata...

Salam sejahtera buat semua muslimin dan muslimat, semoga Mauldurrasul yang kita sambut tahun ini akan meningkatkan kecintaan kita kepada Allah, RASULULLAH, ISLAM DAN PEJUANG2 ISLAM SELURUH DUNIA DIMANA JUA MEREKA BERADA, KERANA ORANG ISLAM YANG BERIMAN MENGASIHANI DAN MENYAYANGI SESAMA MUSLIM DAN MUKMIN. SEMOGA TUAN TABAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN YANG SUCI INI. JANGANLAH TUAN TAKUT DAN SAKIT HATI DENGAN CELAAN ORANG2 YANG MEMANG HATI DAN MULUT SERTA FIKIRANNYA YANG TELAH DIKUASI NAFSU DAN SYAITANNYA YANG TIDAK LAIN KERJANYA UNTUK MENGUTUK DAN MENCELA SERTA SERONOK MELIHAT KEMALANGAN BERLAKU TERHADAP PEJUANG ISLAM. INI MENUNJUKKAN BETAPA KOTORNYA HATI MEREKA INI. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAHNYA KEPADA SEMUA HAMBA2NYA DAN BERI KESEMPATAN UNTUK KITA DAN MEREKA BERTAUBAT DAN DITERIMA TAUBAT OLEH NYA SEBELUM MATI. SEMOGA SEMUA PEJUANG2 ISLAM AKAN DUDUK BERSAMA GOLONGAN ELIT DI AKHIRAT KELAK BERSAMA RASULULLAH, SAHABATNYA, DAN YANG BANYAK AMALNYA DENGAN HATI SUCI BERSIH. SELAWAT SAN SALAM KEATAS RASULULLAH S.A.W. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA'ALA AALI MUHAMMAD

Awanama berkata...

Allah digunanya Ar-Rahman...
X kisah la nk pggl rahman...
Kita niat untuk pggl orang sahaja...
Bukan mengejek....

Awanama berkata...

Ar-Rahman=Penyayang

Rahman=Penyayang

X salah gunakan Rahman...

Terima kasih...

Awanama berkata...

ALhamdulilah. YB Selamat. Semoga dpt terus istiqamah memperjuangkan Islam.

Awanama berkata...

Rahman = Penyayang

Ar rahman = Maha penyayang

Awanama berkata...

Syukur kepada ALLAH s.w.t, YB selamat teruskan perjuangan YB, kami pejuang ISLAM sentiasa berada di belakang YB.