27 Februari 2010

Adun Titi Serong selamat dalam kemalangan



12 Rabiul Awwal 1431h.
Ismail Hashim
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Adun Titi Serong, Perak, Drs Khalil Idham Lim terlibat dalam kemalangan kereta di Bukit Berapit petang semalam ketika dalam perjalanan memenuhi undangan program hi-tea dan ceramah di Tapah.

Ketika dihubungi, Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, beliau dan pemandunya tidak dapat mengelak apabila tiba-tiba sahaja sebuah lori kontena keluar dan meski mengelak namun berlaku juga geselan di sebelah kiri.

“Saya bersyukur kerana kami tidak mengalami apa-apa kecederaan meskipun kereta saya mengalami kerosakan teruk, namun dalam keadaan menggeletar dan trauma, saya masih boleh keluar dan menghubungi kawan-kawan berhampiran,” jelasnya.

Di dalam blognya, Cina Islam, beliau menyatakan selamat sampai sekitar jam 10.30 malam tadi di rumahnya di Parit Buntar dihantar oleh Unit Amal Bukit Gantang.

“Sebenarnya sehari dua ini badan juga kurang sihat dan pagi tadi saya sempat menemui doktor meminta ubat batuk, demam dan selsema. Selain itu saya mengambil peluang untuk memeriksa jantung, kolesterol dan kandungan gula. Alhamdulillah keadaan jantung dalam keadaan baik, kandungan gula 4.2 dan kolesterol 5.06. Kata doktor semuanya baik dan normal.

“Alhamdulillah saya dalam keadaan baik dan akan kembali bertugas esok hari. Petang esok saya akan menaiki kapal terbang dari Penang ke KL untuk menaiki kapal terbang ke Miri, Sarawak pada awal pagi sabtu ini kerana program yang telah diatur lebih awal.

”Awal pagi minggu 28 Februari saya balik ke Kuala Lumpur untuk mengikuti tiga program yang diatur dan hanya akan kembali ke Parit Buntar pada pagi Isnin depan,” tambahnya lagi.

Menurutnya, semangat kembali pulih walaupun telinga masih rasa bengang dan terbayang-bayang bagaimana kejadian petang tadi, namun tidak melemahkan semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, pimpinan PAS Perak serta sahabat-sahabat yang membantu semasa dan selepas kejadian, ketika membuat laporan di IPD Kuala Kangsar sehinggalah yang menghantarnya sampai ke rumah di Parit Buntar.

8 ulasan:

Awanama berkata...

alhamdulillah...yb selamat minta lebih berhati2..

Serupademo berkata...

ALHAMDULILLEH SELAMAT YB.

TERBARU !
Video Majlis penerangan royalti minyak oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bharu Kelantan boleh didapti di serupademo.blogspot.com

Awanama berkata...

alhamdulillah, teruskan perjuangan

jawa klang berkata...

diharap kpd semua ADUN PR supaya sentiasa waspada kerana mungkin ada perancangan jahat dari musuh politik.sebelum ini ds nizar kemalangan diipoh.
KERAJAAN ZALIM AKAN DITOLAK OLEH RAKYAT
SEBAB TU MEREKA GUNAKAN CARA YG KOTOR DAN KEJI
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
KHIANAT,FITNAH,PENIPUAN DLM PILIHANRAYA,
MENYOGOK ADUN HATTA MEMBUNUH SEKALIPUN AKAN MEREKA LAKUKAN DEMI NAFSU DAN KUASA...

adf55650 berkata...

Wahai Jawa Kelang. Insaflah. Inikah pemikiran yang sdra dapat dari PR? Apa yang sdra nyatakan itu adalah semuanya amalan PR terutama PAS.
Kembalilah kepada Islam wahai Sdra.
Sebutlah nama ALLAH beberapakali sebelum membuat tohmahan seperti ini.
Pelbagai petanda telah Allah berikan. Insaflah.
Adakah sdra meneyembah ALLAH yang Esa ataupun allah yg wujud dalam 3 bentuk seperti yang diperjuangkan oleh PR?

adf55650 berkata...

WM. Hentikan amalan menapis komen anti PR dengan harapan pembaca hanya komen yg pro PR shj. Kalau benar sdra berjuang dgn nama ALLAH SUBHANAHUWATAALA sdra tidak lakukan penyelewengan sebegini. Hanya MUNAFIK yg bersikap begini.

jawa klang berkata...

kepada adf55650
saya lihat selama ini komen yg tidak memehak pada PR tetap disiarkan oleh tuan punya blog asalkan komen itu membina dan membawa manfaat utk semua umat tanpa mengira parti.
saya rasa sdr mungkin berasa kecewa kerana komen sdr tidak disiarkan.cubalah cermin balik adakah komen sdr itu ditulis dgn niat yg bersih atau diselaputi rasa kebencian yg tebal terhadap PR atau tuan punya blog.
adalah menjadi hak mutlak tuan punya blog utk menapis semua komen2 yg masuk bagi menjaga tata bahasa dan akhlak para pembaca.

jawa teluk intan berkata...

kepada adf55650 dan mereka yg masih dlm U/BN
KELMARIN KITA MENYAMBUT MAULIDURRASUL...
ISTERI PEMIMPIN U/BN BERTUDUNG KEPALA,OK LA WALAUPUN TAK SEMPURNA,MASIH NAMPAK RAMBUT...
SELEPAS ITU KEMAJLIS LAIN TUDUNGPUN HILANG
TIDAKKAH INI MEMPERSENDAKAN ISLAM?
KALAU PERINTAH ALLAH YG SEKECIL ITUPUN GAGAL DIPATUHI BAGAIMANA YG LEBIH BESAR?
KALAU ISTERI DAN ANAK2PUN GAGAL DIURUS MENGIKUT ACUAN ALLAH BAGAIMANA NAK MENGURUS DAN MENTADBIR SABUAH NEGARA?
HANYA MEREKA YG JIWANYA JAUH DARI ISLAM SHJ YG AKAN REDHA DGN KERAJAAN SPT YG ADA PADA HARI INI...