27 Februari 2010

Sejarah Yang Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

12 Rabiul Awal 1431H.
http://kraiutara.blogspot.com

Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Satu Konspirasi
hijabulcrewz.blogspot.com

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Jadi, semua rakyat Malaysia boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya.

Sekian.

12 ulasan:

Kekacang berkata...

Ulasan yang agak ke hadapan, tetapi perlukan fakta yang lebih tepat. Kalau tidak hanya menjadi dongengan sahaja.

melada pahit berkata... berkata...

kembali la kepada islam...

Awanama berkata...

saya antara yg tertipu dgn sejarah, hnya menurut seperti yg tercatat dlm buku2...klu ulasan ini dilengkapi dgn sumber2 n fakta...dpt yakinkan org ramai yg bagai lembu di cucuk hidung..

Awanama berkata...

tun mutahir? kn dia tu mamak? dia la pembesar melaka yg mengamalkan kronisme, smp semua pmbsr melaka yg ln tak puas hati..tun mutahir, mamak, amalkan kronisme, mahathir, jgk mamak, pon amalkan kronisme, mungkinkah...???

Awanama berkata...

Salam,

HUBUNGAN KELANTAN-MELAKA DAN KELANTAN-BN(UMNO)

Kerajaan Melaka telah luas empayarnya semasa pemerintah yg terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah, meliputi sebahagian negeri2 Sumatera dan negeri2 Melayu di Semenanjung Tanah Melayu-termasuklah Pahang, Terengganu, Pattani kecuali Kelantan. (Kelantan tidak menyembah Melaka walaupon pada mulanya Kelantan ditewaskan,akibat tipu helah tetapi kemudian Kelantan berjaya menghalau askar Melaka keluar-peristiwa ini berlaku semasa pemerintah terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah yg melarikan puteri Raja Kelantan, Onang Kening untuk diperisterikan oleh baginda- yg dikatakan mewujudkan jurai kesultanan Perak sekarang).

Pada pandangan saya (pandangan peribadi) sejarah berulang kembali dimana peristiwa serangan tentera sebuah kerajaan besar iaitu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini ke atas negeri Kelantan adalah mungkin bersamaan dengan serangan Kerajaan BN (Umno) ke atas Kelantan semasa PRU-12 baru2 ini kerana keadaannya hampir sama...Kelantan satu2nya negeri yg tidak mahu tunduk kepada Melaka semasa Kesultanan Melayu Melaka begitu juga semasa sebelum PRU-12, Kelantan satu2nya negeri yg tidak berada di bawah BN (Umno)...dan selepas Melaka menyerang Kelantan, kerajaan Melaka tewas dan hancur di tangan Portugis yg digelar org2 Melayu sebagai Feringgi (semasa sy berada di UKM, kajian sy menunjukkan bahawa org2 Feringgi ini ialah org2 Frankish-salah satu dr puak2 Jerman/Goth di Eropah yg menjadi musuh besar/musuh dalam selimut kepada kerajaan Islam Andalusia/Sepanyol) Selain itu ada lagi puak2 lain seperti Angles dan Saxon=Anglo-Saxon yg mengasaskan kerajaan England/Angle-Land dan lain2. Puak2 Frankish ini juga telah mengasaskan kerajaan puak Franks, sekarang Peranchis/France memansuhkan kerajaan Gaul yg lebih dikenali sbg sebahagian dari empayar Rom. Puak2 Frankish ini begitu disanjung di Eropah sehingga skrg kerana jasa mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Islam dr memasuki Eropah dengan menewaskan tentera Islam di Pergunungan Alps iaitu sempadan Andalusia/Sepanyol dan Peranchis. Jadi ada 2 kerajaan Islam besar yg di tewaskan oleh org2 Frankish ini iaitu kerajaan Islam Andalusia/Sepanyol dan Kerajaan Melayu Melaka.

Berbalik semula kita kepada hubungan Sejarah Kelantan-Melaka dan Kelantan-BN(Umno), besar kemungkinan sejarah akan berulang kalau dilihat situasi semasa sekarang yg berlaku terhadap kerajaan BN(Umno) yg di pimpin oleh kebanyakan pemimpin yg lemah dan tidak berkelayakan serta banyak masalah seperti rasuah, salah guna kuasa, menzalimi rakyat, sebagaimana penyakit2 yg berlaku terhadap Empayar Kesultanan Melayu Melaka semasa akhir2 riwayatnya sebelum di tewaskan oleh Portugis.

Wallah hu a'lam....

Awanama berkata...

untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah nusantara sili rujuk blog ini sejarahnagarakedah.blogspot.com

Awanama berkata...

"Maha Susi (Allah) yang ditanganNya kerajaan (pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap suatu" (QS Al-Mulk:1)
Kerajaan Melayu Melaka hanya bertahan 100 tahun sahaja. Kegemilangan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu Islam hanya pada nama sahaja. bila Islam dipinggir. Pemerintahan penuh kezaliman. Rakyat diperhamba, mungkar berleluasa, fitnah bermaharajalela, rasuah penipuan tipu helah dan perebutan kuasa perkara biasa, jatuhlah ia kerana tiada barakah. Buku Sejarah Melayu dan Hikayat hang Tuah sendiri menceritakan bukan buku orientalis.

Awanama berkata...

salam...masih ada sumber sejarah yang pro Melayu boleh didapati samada melalui bahan bacaan atau alam siber namun kebanyakan penulisan ini diGELAPkan atau diJAMU dengan fakta yg tidak telus dari pihak kerajaan atau pihak yang mahu melihat kerajaan jatuh..anda rasa fakta yang ada cukup untuk memperlihatkan hasil kajian namun anda masih tidak menemui nama-nama seperti Panglima Nilam, Bendahara Sutan, Tun Mamat, Awang Muluk dll...anda tidak kenal atau mahu bersekongkol memutar belitkan fakta??

Awanama berkata...

Didalam Al-Quran banyak menyebut tentang kemusnahan kaum-kaum yang terdahulu. Allah Maha Mengetahui. Sejarah pasti akan berulang. Pengajaran mesti diambil. Melaka pernah berada di kemuncak kegemilangan dan akhirnya menyembah bumi apabila tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada kaum sebelum mereka. Hari ini di Malaysia bunga-bunga kehancuran sudah mula kelihatan, sejarah sedang berkitar, benih kehancuran sudah tertanam di kalangan anak muda kita, apakah kita masih tidak belajar, melaka adalah kaum kita yang terdahulu yang telah di hancurkan Allah oleh sebab kebodohan kita sendiri, kita sekarang sedang leka dengan kebodohan yang sama.........

MOHAMMAD FIRDAUS HASNEL berkata...

.....TUKAR PEMIMPIN YANG KORUP, BUKAN TUKAR KERAJAAN.
ORANG MELAKA YANG BERIA2 SANGAT MENUKAR KERAJAAN AKHIRNYA HIDUP SEBAGAI HAMBA KEPADA PORTUGIS.
JANGANLAH KITA GHAIRAH HENDAK MENUKAR KERAJAAN AKHIRNYA KITA MENJADI HAMBA KEPADA BANGSA LAIN YANG TERANG-TERANGAN MENENTANG KETUANAN MELAYU ISLAM.

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum..benar,dlm kebanyakkan buku sejarah melaka jatuh kerana masalah dalaman nye sndri.masalah pemimpin.tiada beza ap yg kita hadapi saat ini.jika kta lihat atau bca sjarah dahulu dr dlu org melayu mmg suka b'hasad-dengki,sgt b'puak.jika kta sibuk hendak menjatuhkan pihak2 lain, maka ap yg kita rsa btol,mahu ketengahkan tidak akn pergi kemana2...jika sibuk utk pengaruh anak2 muda untk percaya sesuatu demi utk kepentingan peribadi, ap objektif ssuatu perjuangan akn tercapai??cari la cara yg lbih bijaksana utk merealisasikan ssuatu pkara dgn baik.jika kta di phak yg bnar insyaAllah..

Awanama berkata...

sejarah melaka pun tipu......mana ada raja,mata wang...bullshittt.