23 Februari 2010

Apa kata Mufti Perak terhadap Shahrizat?

8 Rabiul Awwal 1431H
Jebat Berani

Sebelum ini bukan main lantang lagi Mufti Perak,Tan Sri Harussani membidas Sisters in Islam(SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita..

Tan Sri Harussani menyifatkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermaksud mereka tidak mempercayai hukum allah dan boleh dianggap sebagai terkeluar daripada islam.


''Orang seperti ini tidak faham hukum islam, mereka menentang dan membenci hukum islam kerana terpengaruh dengan orientalis barat yang menentang islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya...

Dan apakah Tan Sri Harussani juga berani menegaskan pendapatnya itu bilamana berhadapan dengan seorang perempuan seperti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah berkata,walaupun beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.”

Apakah Tan Sri Harussani berpendapat apa yang dinyatakan Shahrizat ini tidak salah? Dan jika beliau berpendapat kenyataan Shahrizat ini salah apakah tindakan beliau?

Kemana perginya ketegasan beliau? Apakah beliau telah diserang penyakit "bisu"sepatutnya Tan Sri Harussani perlu berani menegur kenyataan Shahrizat ini sebagaimana beliau lantang mengkritik SIS.

Atau apakah Tan Sri Harussani bimbang kedudukan beliau akan tergugat jika menghentam kenyataan Shahrizat ini.?

Apakah Harussani lebih pentingkan kedudukan berbanding maruah agama yang beliau anuti? Tan Sri Harussani perlu berlaku adil dalam memberikan teguran kepada mana-mana pihak.

Harakahdaily.net/-

10 ulasan:

Awanama berkata...

tan sri datuk seri tiang seri bertambah seri lah kalau diam.tiang seri istana ......

Awanama berkata...

Ularmak akhir zaman macam ularmak umno la...lebih pentingkan darjat serta pangkat dari hukum Allah

abdullahngah berkata...

Bercakap pasal SIS teringat saya dengan firman Allah yang bermaksud: "Orang orang yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju aatau suka denganmu (wahai Mohammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakan kepada mereka: sesungguhnya pertunjuk Allah (agama islam) itulah pertunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi ) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran) maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu" (Surah Al Baqarah ayat 120).

Sama ada nasihat atau apa apa sahaja bentuk pemberitahuan jelas tidak memberi sebarang kesan kepada mereka yang degil.

Allah pernah jelaskan dalam Al Quran dengan sebutan "degil dan kufur" yang difahami bahawa orang yang degil mereka adalah manusia yang kufur.

Macam mana orang yang kufur mahu menerima sebarang nasihat dan teguran, Hatta teguran itu yang datang dari Allah, apatah lagi teguran dan nasihat dari manusia biasa seperti mufti ke.

Kalau teguran Allah ditolak bulat bulat macam mana mereka boleh terima teguran dan nasihat dari manusia yang serba lemah itu.

Oleh itu tidak perlu hairan dengan tindakan SIS yang tidak setuju dengan sebatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan terhadap wanita yang berzina yang disifatkan sebagai tidak adil.

Memang tidak adil kerana lelaki bebas dan wanita sahaja yang disebat, pada hal lelaki juga tidak harus dibiarkan bebas.

Persoalan yang timbul bahawa bahan bukti hanya ada pada wanita sahaja ia itu mengandung dan melahirkan anak tanpa nikah.Manakala lelaki yang melakukan zina tidak dapat dikesani hatta kaedah DNA di gunapakai sekalipun.

Awanama berkata...

"Pada hari itu, muka-muka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata "Alangkah baiknya jika kami (dahulu semasa di alam dunia) taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Dan mereka berkata "Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar, ya Tuhan kami, berilah kepada mereka yakni para pemimpin dan pembesar kami siksa dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (QS Al-Ahzab:66-68}

Awanama berkata...

adakah kamu merasa lega dan puas melihat blog kamu tempat orang memaki Mufti ??
pas ker pkr ker tapi kalau bab agama suci Islam kita mesti bersatu...

Awanama berkata...

taitle mufti 2 x salah.hangpa nak guna taitle & apa nama parti skalipun suma itu x salah. yg salahnya sb tuan punya diri x gunakan ilmu yang Allah beri itu utk jln Islam dgn cara yang benar...jgn pandang blog sbg tempat menghina. tp pandanglah blog sbg tempat bermuhasabah...jgn ambil agama suku pada bab-bab tertentu sahaja..lepas 2 rasa macam dah banyak ilmu..bukankah agama islam itu ilmunya universal? & jd pangkat, harta & wanita apabila kita tidak manfaatkannya mengikut lunas-lunas jln Islam maka akan hancur & punah agama itu, hancurnya agama itu terletak pada diri tiap orang yang tidak bermaruah...

Awanama berkata...

bukannya puas atau lega bile laman blog ini tempat maki mufti..sekarang kite crite pasal nak tegak islam la bro..berdosa ke kite memberi tahu rakyat mufti mane yg benar2 pejuang islam atau kedudukan shj??apakah mufti adalah salah seorang manusia yg dijamin syurga oleh Allah sprti ahli Badar??sedang khalifah umar r.a menerima teguran drp seorang perempuan tua apabila dia tersilap..inikan mufti 1malaysia????..lu pikirla sendiri bro....semoga kita bersama2 memperjuangkan islam bersama PAS..takbir3x

Awanama berkata...

Harussani harus bangun dan hamburkan jawapan kepada yang mengkritik. Jangan duduk bersembunyi. Kalau bertuhankan Allah, harus ingat tembolok itu Allah yang sumbat bukan umnok. Jangan takut dan gentar bahawa Allah berserta mereka yang tegakkan kebenaran. Jawab jangan tak jawab. Jangan sampai orang kata bahawa Harussani ni orang yang takdok telok pulak.

Awanama berkata...

semua yang dok komen pakat takda nama pon kat sini 'termasuk saya' ..kalau nak serius 'hantaq komen' cuba letak nama..>>
adakah kamu merasa lega dan puas melihat blog kamu tempat orang memaki Mufti ??
pas ker pkr ker tapi kalau bab agama suci Islam kita mesti bersatu...>>>apa crita bros ??

FutureLeader berkata...

wahai tanpa nama yang memberi komen pada 2/22/2010 1:53 AM ...

anda tidak perlu mengagungkan Islam sedangkan di dalam hati anda masih membenci dasar-dasar Islam. Memang PAS atau PKR atau sesiapa sahaja yang ingin kepada Islam, perlaksanaan hukum-hakam Islam, mestilah disokong.

Namun begitu, kalau ingin memelihara Islam dari sudut luaran sahaja atau atas nama Islam sahaja tetapi di dalam masa yang sama menolak Islam, menyokong dasar-dasar yang mengenepikan kehendak Islam dan melebihkan pangkat, darjat, serta apa-apa yang kebendaan, maka orang itu mesti ditentang sebab dia bukan mahu memelihara agama Islam tetapi dia hendak merosakkan Islam dari dalam... awas!!! saudara perlu menelaah mengenai Islam lebih dalam dan praktikkan kerana Allah. Setiap pemimpin akan disoal oleh Allah di akhirat kelak terhadap segala amanah yang telah diberikan. Jangan main komen sahaja kerana saudara secara tidak langsung menyokong kebatilan yang bertopengkan kebenaran dan sauadara juga akan mendapat sahamnya dan ia tetap akan dibalas meskipun sebesar biji sawi... haha, faham2 sudah la ek...