23 Februari 2010

Kembalikan kegemilangan sukan atau kayakan kroni?

8 Rabiul Awwal 1431H
http://bongkarsauh.blogspot.com/

Menurut Muhyiddin, sudah 20 tahun sukan di sekolah terpinggir. Maksudnya, Menteri Pelajaran / Pendidikan sebelum ini mengabaikan sukan sekolah termasuk Hishamuddin. Kurikulum sukan sekolah akan digubal semula dan segala infrasturuktur yang diperlukan akan disediakan.

Inilah nasib sekolah-sekolah kita. Bertukar menteri, bertukar juga dasar dan keutamaan. Pelajar dijadikan bahan ujikaji. Guru-guru dipikulkan dengan beban yang tidak sepatutnya. Semua masalah diletakkan di atas bahu guru termasuk masalah yang dihadapi oleh menteri.

Apa kebimbangan kita apabila aktiviti sukan digiatkan di sekolah atas nama mengembalikan kegemilangan sukan sekolah?

Pertama, anak-anak tidak mempunyai banyak peluang untuk ke kelas agama. Aktiviti sukan diletakkan sebagai keutamaan berbanding keperluan anak-anak belajar agama. Keletihan anak-anak dengan aktiviti sukan menjadikan mereka tidak punya pilihan kecuali berehat daripada aktiviti agama.

Kedua, ibu bapa bakal dibebankan dengan keperluan membeli peralatan sukan. Bayangkan sepasang kasut bola, stokin, gad betis dan jersi, biasanya itu semua dibebankan di atas bahu ibu bapa. Benar, itu semua disediakan oleh pihak sekolah tetapi ibu bapa perlu membayarnya.

Namun apa yang lebih besar daripada itu yang bermain dibenak para ibu bapa ialah, betulkah program kecemerlangan sukan ini untuk kecemerlangan sukan atau untuk memenuhkan tembolok kroni?

Pengenalan PPSMI dulu masih menghantui ibu bapa. Apa yang jelas, penguasaan bahasa Inggeris tidak semakin baik, Matematik dan Sains menjadi matapelajaran yang dijuihkan oleh pelajar. Namun, yang ketara ialah kroni menjadi kaya-raya kerana berpeluang menjadi pembekal buku teks dan komputer riba.

Pelajar tidak kemana, kroni yang kaya. Guru yang garu kepala, kroni yang kembong poket.Gambarkan, jika program sukan ini diberi keutamaan.

Siapa yang bakal mendapat kontrak membekal peralatan sukan? Siapa yang bakal mendapat untung menyelenggara kemudahan sukan sekolah seperti padang dan lain-lain? Siapa yang bakal mendapat untung kerana kerana premisnya disewa untuk aktiviti sukan?

Tentu mereka adalah kroni Muhyiddin. Dan, tidak mustahil idea untuk memajukan sukan sekolah ini datang daripada mereka dan Muhyiddin cuma menjadi tiong emas yang mendendangnya sahaja.

Mengapa saya katakan begitu? Kerana, tanpa hujan dan ribut, tiba-tiba sahaja idea untuk mengembalikan kegemilangan sukan sekolah ini terpacul daripada mulut Muhyiddin. Apa pasal?

Isu pendidikan adalah isu yang berkaitan dengan rakyat dan generasi akan datang. Adakah idea Muhyiddin ini telah dihadamkan terlebih dahulu? Adakah pandangan para guru telah diambil dalam langkah ini? Adakah pandangan para ibu bapa diminta sebelum perkara ini dilaksanakan?

Inilah masalah negara kita apabila para menteri merasakan negara ini kepunyaan mereka. Najib rasa askar hak dia. Muhyiddin rasa sekolah hak dia. Jamil Khir rasa Pusat Islam hak dia. Akhirnya, mereka memutuskan segalanya mengikut selera mereka sahaja.

Para ibu bapa, guru, cendekiawan, ulama dipersetankan sahaja.

Betullah, apabila ada rakan-rakan yang bergurau, negara ini kontraktor yang punya bukan rakyat yang punya.

Ustaz Zolkharnain Abidin

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

akulajuki berkata...

Pada awal tahun 2010 sekolah di bawah KPM berhadapan dengan pengurangan peruntukan yang ketara sehinggakan peruntukan makan asrama dikurangkan sebanyak 40 hari berbanding 2009. Selain daripada itu masalah peruntukan bayaran bil utiliti masih lagi membelenggu pihak pentadbiran sekolah. Program Skim Baucer Tiusyen (SBT), kelayakan pendapatan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diturunkan daripada RM 750 kepada RM 450, bantuan kepada pelajar2 miskin tiada dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba peruntukan ditambah, kalau tak silap RM 700 juta, mana datang duit tu yang pada mulanya dikurangkan. Lepas tu datang yang ini pulak, ada duit rupanya kerajaan malaisia ni, saja nak main kot nak tengok reaksi orang ramai atau nak tengok dulu lubang mana boleh kroni-kroni cocok untuk buat untung. Sedangkan banyak lagi peruntukan lain yang belum sampai ke sekolah contohnya peruntukan untuk J-QAF masih tak nampak kelibat sedang pelbagai program telah diarah laksana oleh KPM dan JPN.

Lepas ni melelehlah para guru di sekolah dengan satu lagi beban kerja selain daripada mengajar yang sememangnya sudah cukup membebankan. Nampaknya setiap kali menteri bertukar dasar dan penekanan pun berubah. Lepas ni kalau menteri pelajaran dapat kat orang lain, lain lah pulak benda yang diberikan keutamaan. Macam ni bila nak maju??????? makin melingkup ada ...

insankamil berkata...

habislah nasib kami sbg bakal guru pada masa hdpn...moga2 allah memberikan kemenangan kpd pr dlm pru-13 nanti...aminnnnn...
~sedang menuntut di IPGM Kampus Perlis major BM, minor PJK dan Kajian Sosial~