04 Februari 2010

Bakar gereja di Taping, empat didakwa

19 Safar 1431H

Empat lelaki dalam lingkungan usia 18 hingga 29 dihadapkan ke mahkamah majistret Taiping hari ini atas tuduhan membakar dua gereja dan sebuah sekolah di Taiping pada 22 Jan lalu.

Semua tertuduh yang menggangur itu didakwa mengikut Seksyen 436 Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Abdul Sattah Shaharuddin 29, dan Mohd Abdul Wahab 20 yang didakwa membakar Gereja All Saints Church di Jalan Taming Sari.

Tertuduh ketiga, Andidi Rosdi 22 dituduh menyerang SMK Taiping hingga menyebabkan pondok pengawal sekolah berkenaan terbakar.

Suspek termuda Mohamad Azreen Rosli 18, pula didakwa cuba melemparkan bom api ke atas Gereja di St Louis.

Pertuduhan dibacakan dihadapan majistret Sharifah Izura Syed Mashor, manakala dakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah.

Jaminan ditetapkan pada RM30,000 seorang namun tiada yang mampu membiayainya.

Tiada pengakuan dicatatkan hari ini kerana keempat-empat mereka dijangka akan sekali lagi didakwa di mahkamah sesyen. Ini kerana hakim di mahkamah sesyen sedang bercuti hari ini.

Kes akan disebut semula di mahkamah sesyen pada 8 Feb.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: