04 Februari 2010

RUPANYA HANG NI TAK CERDIK ZAMBRY

19 Safar 1431H
OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Aku ingatkan Menteri Besar Kerajaan Kudeta BN Perak cerdik, rupanya tak cerdik atau kurang cerdik. Tak cerdik itu samalah dengan bodoh. Jadi Menteri Besar biar cerdik, kalau kurang cerdik buat apa jadi Menteri Besar. Lebih baik letak jawatan kerana rakyat nampak Zambry tidak cerdik dan sombong.

Ada ke minta 28 ADUn Pakatan Rakyat mengosongkan jawatan untuk dipertandingan semula . Kenyataan Zambry ini dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Kalau hendak buat pilihanraya semula bubar sahaja Dewan Undangan Negeri Perak. Awat hang ni takut ka. Kalau hang anak jantan pergilah menghadap Tuanku Sultan minta DUN dibubarkan. Kenapa tak buat. Hang kecut perut ke bila diadakan pilihanraya semula. Ingatkan hang ni kuat sangat, rupanya penakut.

Aku amat bersetuju dengan kenyataan Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, yang menyifatkan kenyataan hang yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan hang di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.

Dengan angkuh dan sombong hang berkata "Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," Itulah kata kata Dato' Seri zambry Abdul Kadir ketika diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh semalam

Menurut Misbah, Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan, beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Orang kata hang ni bodoh sombong, hang marah, terbeliak mata hang bila orang sebut hang ni bodoh. Apalah nasib rakyat Perak dapat menteri besar yang tidak cerdik malah angkuh dan sombong. Hang jangan sombong Zambry, sombong itu sifat syaitan. Tak kan hang nak jadi pengikut syaitan.

Zambry sendiri telah membuka tembelangnya sendiri, memperlihatkan kebodohan dan tidak bijak berpolitik. Lain kali kalau tak tahu jangan bercakap, bila hang bercakap menampakkan hang tu bodoh. Rakyat akan ketawa kat hang. Apakah hang nak rakyat ketawakan hang? .

Kenyataan Zambry itu menampakkan sikap sombong dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh, Hanya orang yang waras sahaja yang mengatakan rampasan kuasa BN itu satu perbuatan keji dan tidak bermoral sera rakus tamakkan kuasa. Awat hang ingat kerja rampas kuasa itu kerja mulia ke? Hanya orang orang Umno sahaja yang kata kerja merampas kuasa negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat sebagai kerja yang baik dan bagi demi ketuanan Melayu.

Hang dan geng hang serta rakyat yang taksub dengan parti hang kena ingat, BN dahulu tu bukan ambilalih kuasa, itu namanya rampas kuasa. Pakatan Rakyat ambil alih kuasa dari BN setelah BN Perak kalah dalam pilihanraya umum ke 12. Tetapi kerja buat pemimpin pemimpin Umno sehingga tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melalui rampassan kuasa edisi baru. Hang faham tak?

Zambry kena tahu pembubaran hanya boleh berlaku pada DUN Perak, pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru. Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN dibuat dengan cara rampas kuasa melalui pengkhianatan wakil rakyat ADUN PKR dan DAP. Rakyat tidak merestui pengkhianatan ini.

Sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru, atau tiga orang pengkhianat inilah yang wajib mengosongkan kerusi untuk membolehkan pilihanraya diadakan di tiga-tiga kerusi tersebut.

Rakyat Perak sangat malu mempunyai Menteri Besar yang sangat sombong, bodoh lagi dangkal. Kalau memang benar rakyat bersama mereka, sepatutnya Zambry mengadap Tuanku bagi memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

Ahli ahli Umno dan penyokong penyokong BN wajar malu kerana ketua mereka ini tidak cerdik. Eloklah digantikan dengan yang lain. Gantikan dengan orang yang lebih cerdik dan tidak sombong.

Aku sangat setuju jika Misbah mencabar Zambry berdebat dengan DS Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun Pakatan Perak memerintah dengan setahun BN merampas. Siarkan debat tersebut secara live di media arus perdana. Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing. Harap ada mana-mana stesyen TV berani menganjurkan debat ini.

Aku rasa kalau setakat berdebat dengan Zambry tak payah Nizar, Misbah pun boleh lawan Zambry. Zamry bukan berani sangat . Aku ingat bila berlaku debat, silap gaya Zambry kalah K.O di pusingan pertama.

Namun begitu aku cukup bersetuju Misbah selaku Setiausaha Perhubungan PAS Perak merangkap mantan Setiausha Politik Ir Nizar akan mengutus surat supaya Zambry menyahut cabaran debat dengan Nizar. Hampa ingat Zambry berani tak? Atau kecut perut dan mengigil dan terkencing dalam seluar tujuh kali di tandas macam Sudin dalam lakunan Seniman Bujang lapok.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

porah!kata kt orang lain bodoh,tengok le diri sendiri tu!mcm ler kerajaan pasola ko tu bijak sangat

Intai-intai berkata...

Zamri ni macam la penyamun dalam cerita Pak Belalang...Penyamun memang bodoh...nak bahagi harta rampasan pun tak tahu...satu untuk kau satu untuk aku...Kalau kita tak berapa arif tentang sesuatu elok jangan cakap...bila bercakap macam zamri confirm orang kata dia memang bodoh...

YoB4EvEr berkata...

teman dgr crite PM "bijan" pnggil zambry "tok batin perak" masa adakan video confrence dgn orang asli di pengkalan hulu...
"tok batin pun tok batin la PM janji uang nya masyuk dan negeri perak ni ana yg berkuasa walau pun HARAM"..hahahaha(gelak ala2 setan)..

ybz4140 berkata...

Semekum semua, izinkan saya buat check kat abang zambry kita tu, nak check dia ada telor ke tak, biasanya kalau orang yang macam ni orang kata tak de telor, tapi sebenarnya dia ada 2 biji telor yang mungkin besar sebelah, sebab tu le dia tak berapa cerdik, malu le i nak mengaku yang i ni rakyat perak, sebab ia ada MB yang tak cerdik dan yang tak sah, tak sah ni maksudnya lebih kurang haram jadah le, nyampah le tengok abang black kita yang bodoh tu, harapkan mata je terbeliak, tapi akai tarak, dia perasan yang di MB sah, dia lupa dia jadi MB pun rampasan kuasa dan dia jadi MB pun mahkamah yang kat dia MB, sampai hari ini i sebagai rakyat perak tak rela ada MB yang hitam dan bodoh tu, malu nak ngaku yang di tu my MB. sori ye abang black

Tanpa Nama berkata...

kepada komen yg petama tu.engko la bengong sama dgn zambry black metal. memang bodo la.bubar dun.ape ke mangkuk nya zambry dgn komen ke 2 tu. pg jumpa sultan.ghoyat bubar dun.bereh.zambry bleh tanding,nizar pun bleh.sama2 dapt.ni kira nak kekoh sorang2.cipppooorah

Tanpa Nama berkata...

confirm..zamry bukan takat bodoh..bahkan bangang kuasa 2..

Berani krn benar... berkata...

zamry sekolah spai form 3..
tu sebab otak tak leh pikio..

zamry PENGECUT!!!

Tanpa Nama berkata...

MB kebenda mcm tu..mmg aku X pernah mengiktiraf si perampas tu jd MB..GELAP masa depan..

Tanpa Nama berkata...

nasihat kepada MB kudita, kalau kita sebagai pimpinan kenalah bercakap yang berfaedah, setiap perbuatan dan percakapan menggambarkan keperibadian kita, apabila bercakap rakyat dapat menilainya , ikutilah contoh Tn Guru Nik Aziz