25 Februari 2010

Campur arak untuk sedapkan masakan-kosmo 24/02/10

10 Rabiul Awwal 1431H
Email : viruseinside

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.

“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.

“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

4 ulasan:

Awanama berkata...

jakim + jawi + jamil khir = ????????????????????? serupa jerk.

Awanama berkata...

macam UMNO campurkan rasuah dan penyelewengan untuk sedapkan pemerintahan zalim mereka

Awanama berkata...

jakim cuba untuk memonopolikan sijil halal dengan memprovoke orang ramai tentang ketidaksahihan sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak lain. Padahal pihak lain tersebut merupakan bekas pegawai jakim sendiri malah lebih efisien dari mereka...

Awanama berkata...

Itula sebab kena tahu halal haram...nak tahu macamana...belajar agama