28 Februari 2010

Hari ini berada di Miri Sarawak.

Saya bersama YDP PAS Kawasan dan Pimpinan PR yang lain sama-sama memotong riben tanda perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri.

13 Rabiul Awwal 1431H.

Hari ini saya berada di Miri Sarawak memenuhi jemputan Pakatan Rakyat dan PAS Kawasan Miri. Saya sampai disini pada sekitar jam 9.30 pagi tadi dengan menaiki penerbangan Airasia pada jam 7.30 dari KLIA.

Alhamdulillah saya kembali memijakkan kaki di negeri yang pernah meninggalkan nostalgia sebagai negeri tempat pertama memulai tugas sebagai guru pada tahun 1992 hingga 1994 di Sekolah Menengah Teknik Sibu. Semasa bertugas di Sibu tidak sempat saya sampai di Miri dan sekali ini saya datang dengan tugas lebih besar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi persiapan Pilihanraya yang dijangkakan berlaku antara Jun dan July tahun ini.

Acara yang diatur yang telah akan di ikuti pada sesi pagi tadi adalah Majlis penerangan dan dailog dan Perasmian Pejabat Baru PAS Kawasan Miri.Saya diberikan penghormatan untuk memotong riben bersama Pimpinan Pakatan Rakyat lain dalam majlis ringkas tapi penuh bermakna dan bersejarah.

Hadir sama dalam majlis yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Miri yang terletak dilantai 3 di Lot 779 ,Pusat Komersial Bintang, ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Jofri, Ketua Cabang Keadilan, Dr. Teh, Ketua DAP Miri, En, Pau Teik dan Ketua SNAP Miri serta pimpinan dan ahli yang lain. Hadir sama ialah beberapa pemberita dan para blogger.

Dalam sessi Dailog saya diajukan beberapa soalan berkaitan politik semasa negara dan Perak serta pakatan Rakyat.

Untuk Program malam ini saya akan hadir dan memberi ucapan pada majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri yang akan diadakan di kediaman Ketua Cabang PKR Miri. Program akan bermula mulai jam 7.00 malam.

7 ulasan:

Admin berkata...

hebat2.. sampai ke miri.. inilah pemimpin..

Awanama berkata...

NI SINGKATAN UNTUK UMNO YG TERKINI ATAS ISU ROYALTI :

U = ULAS (ULASAN)
M = MINYAK
N = NIPU/NAWOK (TIPU)
O = ORANG

Awanama berkata...

kemenagan PR diserawak bukan satu yang mustahil...usaha dan doa seiring sejalan...taniah yb kerana selamat meresmikan pejabat pas kawasan miri

al-Faqer ilallah. berkata...

Mudah-mudahan PAS bertapak kukuh di Sarawak.

Awanama berkata...

Bila pulak nak mai Bintulu..2 jam je dari miri..

Awanama berkata...

Salam..alhamdulillah..

Awanama berkata...

Nampak ade pemimpin dan ahli2 Yayasan Amal