19 Februari 2010

Permohonan Anwar untuk hakim tarik diri ditolak

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.

"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah atau pun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Rabu lalu, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - Bernama

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amanah tu memang wajib amanah. Tapi janganlah amanah kat amno saja. Kat PR pun kena amanah jugak. Kat rakyat pun kena amanah jugak. Kat Allah dan Rasul-Nya pun kena amanah jugak.

Bukan apa, kalau amanah setakat kat amno saja takut kena doa orang yang teranayia pulak. Yang lepas-lepas tu jadikanlah panduan dan pengajaran.

Satu lagi kena ingat. Antara tiga, dua masuk neraka. Masuk neraka ni bukan macam masuk jail. Masuk neraka ni tak ada bandingannya.

Jadi, amanahlah yang benar-benar amanah kerana Allah dan bukan kerana individu.

tok berkata...

AL-quran untuk semua..pembimbing diri

Raziq Najab berkata...

NERAKA JAHANAM BUAT HAKIM ZALIM...

"ADALAH LEBIH BAIK MELEPASKAN YANG BERSALAH DARI MENGHUKUM YANG TIDAK BERSALAH"

Tanpa Nama berkata...

377B kanun keseksaan adlh kes slh laku seksual scr luar tabii yg dilakukan scr sukarela oleh kedua2 belah pihak..kalo dh didakwa dibwh akta "dilakukan scr sukarela", knp anwar sorg kena dakwa? saya bkn pngamal undang2, ni cuma fikiran saya.

Tanpa Nama berkata...

sudah dijangka untuk menjaga kesinambungan UMNO

Tanpa Nama berkata...

kepada semua ahli politik PR atau puak ameno juga, pilih le Setiausaha Politik yang tahu hukum hakam, yang beriman dan bukannye macam si sepol tu...jauh ciri-ciri kewarakannye...