19 Februari 2010

Zulkifli Noordin gemar publisiti murahan

4 Rabiul Awwal 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 17 Feb: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.

Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.

Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

“Sepatutnya beliau lebih menumpukan kepada bagaimana boleh membantu rakyat yang diwakili di kawasannya.

“Beliau juga seharusnya melihat fakta bahawa beliau hanyalah seorang ahli Parlimen yang baru dan belum banyak pengalaman sebagai wakil rakyat,” katanya pada kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu membidas kenyataan Mursyidul Am PAS kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Hisham berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang lama dan sangat berpengalaman luas mengenai sepak terajang politik.

“Berbanding dengan Zulkifli, tidak mungkin beliau lebih memahami apa yang berlaku semasa kerajaan campuran BN-PAS dahulu,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketaksuban beliau dengan pendapat sendiri tidak melayakkan beliau untuk berjuang dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Mungkin beliau sesuai berjuang dalam NGO atau menjadi pengikut Ibrahim Ali dalam PERKASA.

deenstapa berkata...

Kita kena bersikap bijaksana dalam memberi pendapat dan kritikan kerana kita selalu merasakan pandangan kita BATUL tapi awas adakalanya pendapat kita silap DAN kita selalu merasakan pendapat orang lain SILAP tapi kena ingat adakalanya ada KEBENARANnya.YB zul perlu sedar dari mana belia beliau, untuk apa dia datang dan kemana dia akan pergi.... wasalam

Tanpa Nama berkata...

tuan-tuan saya tidak hairan jika ada dari PKR yg melompat dan tidak setia dgn PKR,kerana asalnya dari org UMNO dah biasa dengan kedunian.Kepentingan diri itu lebih dari berjuang untuk orang ramai.Orang yg berjung kerana Islam tak akan jadi Penkianat.Berjung kerana harta benda,hidup mewah,bermegah dgn gelaran tak payahlah...hamba kepada makluk.YB zul tu nak kemana???

Raziq Najab berkata...

BELIAU LEBIH LAYAK MENGURUSKAN RUFAQA' SELEPAS AL ARQAM!!!

Tanpa Nama berkata...

cakap pakai otak, bukan ada ilmu, harap ketayap saja lebih, tapi dalam hampeh

Tanpa Nama berkata...

kalau tak ada ilmu agama tak payahlah nak tegur TGNA kerana apa yang dikatakan menepati kehendak agama, walaupun tidak maksum, tapi bercakap benar

Tanpa Nama berkata...

PR tak perlu simpan orang macam ni, tak tahu hormat dasar parti langsung...

Sekali pandang mcm trojan horse yg suka bagi 'makanan' lazat buat UBN...pantang jumpa media, meleleh air liur nak buat sidang... apa punya orang ni...harapkan pagar, pagar makan padi...

abdullahngah berkata...

dimana silapnya zulkifli? bagi saya tidak lain dan tidak bukan kerana "lawan bos". Dalam mana mana parti sekalipun di malaysia ini apabila lawan bos akan dikeratlah.

Dalam PAS pun begitu. Anda mungkin belum lupa dengan kes lama lama dahulu. Dalam UMNO apa lagi zaman Dr Mahathir yang pernah digelar "maha firaun" bilan llawan sahaja akan dikerat.

Macam Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan sahaja dikerat malah dicincang hidup hidup.

Orang dibawah jangan eomsi sangat kerana apa yang dikata oleh Zulkifli noordin itu ada benarnya.

Macam Dr Harun kata, ada musuh dalam selimut PAS, macam Ketua pemuda Hassan tantawi pernah berkata ada munafik dalam PAS

Oleh itu tidak mustahil adanya firaun kecil dalam perti keadilan rakyat. Mungkin dalam PAS ada yang cuba bertengek hendak cemar dan nak rosak PAS.

Kita juga kena ingat bahawa ada ulamak jahat dan ada ulamak baik.yang jahat ramai dan yang baik hanya sedikit sahaja.

Yang jahat pasti ada. Kalau dahulu ada ulamak jahat tidak mustahil zaman sekarang tidak ada.