20 Februari 2010

Setpol menteri dilepas dengan jaminan RM50,000

PUTRAJAYA, 18 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang setiausaha politik (Setpol) kepada seorang menteri yang telah ditahan reman selama lima hari mulai 12 Februari lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin pada 14 Februari setelah percakapannya diambil.

SPRM juga mengesahkan suspek telah ditahan pada 11 Februari lalu di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001

SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini menyebut, turut disita bagi membantu siasatan ialah sebuah kenderaan dan sejumlah wang.

6 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

Saya agak duit itu semua adalah lebihan dari dana PRU12. Memang Nor Mohammad tahu, itu sebab dia tidak kelihatan cemas dan Najib juga tidak terkejut. RM50,000 jaminan itu hanyalah wayang sahaja dan kita boleh agak cerita ini akan senyap selepas ini. Biasalah...

ali a.s berkata...

Dia nak heran apa setakat 50ribu,bawah tilam dia saja.

Tanpa Nama berkata...

haaaaaaaaa....lega....takut jatuh dr bgunan plk lg

Tanpa Nama berkata...

kalau dah da logo keris telanjang kad Mykad 2 yang salah pun boleh "kawtim"..
dunia oh dunia..

Tanpa Nama berkata...

SPRM hanya tangkap katak tapi tak berani tangkap buaya

Tanpa Nama berkata...

majoriti rakyat tahu siapa pemakan rasuahm tak tangkap pun rakyat dah tahu, mulut tempayan bukan boleh ditutup