13 Mac 2010

Gambar lawatan ke Giza Piramid.

Bergambar di hadapan Piramid utama bersama rombongan.


Pada kesempatan berada di Bumi Mesir saya telah sempat mengadakan lawatan ke beberapa tempat sejarah disini. Kelmarin saya telah melawat Mesium Mesir yang menyimpam khazanah penemuan sejarah Mesir Kuno. Peluang yang ada saya gunakan untuk masuk ke kawasan khas yang menempatkan mayat Raja-Raja purba Mesir yang lebih dikenali dengan nama Firaun.

Tiket pintu masuk mesium ialah 60 L.E dan untuk masuk keruangan pameran mayat Firaun dikenakan bayar tambahan 100 L.E. Kesemua kawasan yang dilawati di Mesium tidak boleh diambil gambar.

Sesudah itu saya bersama dengan Hj. Azhar dan Hj. Azlan melanjutkan lawatan ke Giza Piramid. Tiket yang dikenakan ialah sebanyak 60 L.E.

Keajaiban dunia, saiz ketulan batu yang mencecah 2 juta ketul disusun untuk menjadi piramid namun kemajuan tersebut sia-sia kerana Firaun menjadi penentang kepada Rasul Allah, Nabi Musa a.s.





Bergambar dihadapan patung Spink di akhir lawatan .

1 ulasan:

Positive thinking berkata...

salams..
saya nak kritik sikit...saya rasa sejak kebelangan ini..post di web cina makin kurang menarik..harap pihak tuan dpt jadikan web ini spt dulu..
from positive thinking