13 Mac 2010

KECURIAN BALAK HARAM: DEDAHKAN SIAPA YANG TERLIBAT KEPADA UMUM

26 Rabiulawal 1431H

Kenyataan Media (11 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan kegiatan pembalakan haram sepertimana yang di dedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak yang telah merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

DPPN Pk amat risau dengan perkembangan tersebut terutamanya kejadian pembalakan haram, tanpa tindakan konkrit dari pihak berkuasa bagi menghalang kejadian seumpama itu berulang lagi. Kelemahan penguatkuasaan dan juga unsur rasuah adalah punca utama berlakunya kegiatan pembalakan haram ini. DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat berkaitan mesti duduk semeja bagi memastikan kegiatan ini dapat di cegah.

DPPN Pk juga bimbang pihak-pihak yang telah mengeluarkan balak haram tersebut yang mana tindakan mereka ini telah merugikan kerajaan. Walau pun kejayaan SPRM menyelamatkan ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar tetapi bagaimana balak yang telah di keluarkan sebelum ini atau di tempat-tempat lainnya. Kerajaan mesti serius di dalam perkara ini jika hendak selamatkan wang rakyat.

Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak supaya di tubuhkan satu Jawantakuasa Khas bagi menyiasat punca berlakunya kelemahan kawalan yang akan menjejaskan infrastruktur hutan dan alam sekitar di Negeri Perak. DPPN Pk juga meminta supaya di dedahkan kepada umum penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam kegiatan pembalakan haram ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pencurian balak adalah satu perkara yang lumrah dalam industri ini di negara ini. Ini berlaku di mana-mana sahaja. Membuktikan amalan ini adalah satu perkara yang amat mustahil kerana pemantauannya oleh pihak penguat-kuasa adalah amat sukar. Dari sumbar-sumbar yang dibocorkan oleh pekerja-pekerja syarikat balak taukeh-taukeh balak mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dari pencurian balak di kawasan-kawasan di luar kawasan yang diberi kepada mereka. Biarkan lah ... apa nak dikatakan lagi sudah nasib negara ini yang mempunyai penduduk peribumi yang bodoh dan miskin sedangkan rakyat mendatangnya cerdik dan pandai menipu dan pandai membeli ahli-ahli politik dan penjawat awam. Berserahlah kepada takdir. Kalau di Thailand mencuri balak itu hukumnya ditembak, tetapi di negara ini kalau mencuri balak yang nilainya puluhan juta, cuma dikompoun lima ribu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Bukan kayu saja, tanah, batu dan pasir pun dah mula masuk saku taikun. Paku dulang paku serpih.........inilah yang sedang berlaku.