12 April 2010

Majlis keraian & penghargaan sempena persaraan Haji Razman Haji Zakaria (YDP Pas Lenggong)

26 Rabiulakhir 1431H.
Pas Kawasan Lenggong.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor semalam telah menganjurkan satu Majlis Keraian dan Penghargaan sempena persaraan Haji Razman Bin Haji Zakaria (YDP PAS Lenggong) yang memengang jawatan sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam Selangor. Majlis diadakan di Dewan Kompleks Kastam Kelana Jaya dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Kastam Selangor dan Pegawai - Pegawai Kanan Kastam Selangor.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM dan Master In Public Adminstrator UM melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) yang dipegang selama 10 tahun, Naib Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan (MPK) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Naib Pengerusai Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA).

Dengan adanya majlis ini, satu lagi fitnah dan pembohongan UMNO Lenggong dapat di dedahkan kerana setelah Hj Razman menerajui Pas Lenggong ada fitnah dari pihak UMNO Lenggong yang mengatakan bahawa Hj Razman telah dipecat dari Jabatan Kastam kerana kes salah laku. Ini juga membuktikan bahawa UMNO Lenggong sangat terdesak apabila melihat gelombang kebangkitan Pas Kawasan Lenggong yang dipimpin beliau. Nampak gayanya berbisa juga YDP Lenggong ni.....



12 ulasan:

aku dr amin berkata...

bukan ke pegawai kerajaan tidak boleh pegang jawatan politik? boleh yb jelaskan. ana tak faham. ke ada kelas 2 tertentu

Tanpa Nama berkata...

pegawai peringkat Pengurusan & profesional boleh terlibat dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan pegawai atasan.( Gred jawatan dari 41 ke atas).

Tanpa Nama berkata...

Kalo pegang jawatan dlm UMno tak apa....inilah dia fsikap double standard Umno....

mantaro berkata...

Tahniah Hj Razman,guna masa kerja untuk jadi YDP.Selamat berjuang!

janggutnavy berkata...

tahniah tn Hj Razman... teruskan perjuangan... mantan Pesuruhjaya SPRM.. tunggu apa.. isi borang...

Tanpa Nama berkata...

KALAU RAMAI LAGI ORG MCM NI DI KASTAM ..ALAMAT KAKI SELUDUP SUSAH LE NAK CARI MAKAN ...TAHNIAH HJ RAZMAN LEPAS NI BOLEH TANDING DI LENGGONG PRU KE 13..MOGA MASA DEPAN CERAH DLM ARENA POLITIK YG PENUH CABARAN

Tanpa Nama berkata...

takbir...

Bungaraya berkata...

" Kalo pegang jawatan dlm UMno tak apa....inilah dia fsikap double standard Umno...."

Memang setuju sangat....

Ledang72 berkata...

Pegawai kerajaan 1Malaysia ni smua ok klu jd balaci umno/apco. Pegawai yg tingi pangkatnya jd YDP Pas tp kebanyakan tukang kebun sekolah (especially di Johor Darul Umno) dah tentu jd balaci umno/apco sbb takut kena tukar tmpt kerja. Apalah nak jadi umno/apco ni.

Kepada YDP Pas Lenggong, selamat bersara dari jawatan kerja tapi harap terus jadi JUARA di Lenggong dan jamaah islam. Taaakkkbbiiiiiir

kabuspagi berkata...

Salam.. Saya dulu pegang Jawatan Dalam Politik (agak tinggi jugak) tapi telah diberi amaran dan telah meletak semua jawatan politik saya.. walaupun jawatan politik saya dalam UMNO.. so Dalam UMNO pun tak boleh lah.. terutama jawatan 41 ke atas... so tepuk dada tanyalah selera...

Tanpa Nama berkata...

tapi...di sekolah isteri saya...ada guru tu jadi ajk pemuda UMNO Perak.selalu xde kat sekolah.takde pun kena amaran.bertambah tinggi jawatan ada la.UMNO kt negara lain kot tu.SYABAS YDP Lenggong.bekas ydp cikgu halim kirim salam.teruskan perjuangan

MaWaisZ berkata...

sian samsul.
die cikgu skolah je dlu,
tup tap jd YB.hahaha