12 April 2010

Semua Mayat Nahas Udara Kapal Terbang Khas Presiden Poland Ditemui

26 Rabiulakhir 1431H.

Semua 96 mayat mangsa dalam nahas udara kapal terbang khas Presiden Poland, Lech Aleksander Kaczynski telah ditemui pagi tadi. Di samping itu, kotak hitam kapal terbang berkenaan juga ditemui.

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata di lapangan terbang Smolenskaya, pihaknya akan memberikan bantuan sedaya upaya kepada keluarga mangsa nahas udara tersebut.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Moscow dengan dua buah helikopeter, untuk dikenalpasti indentiti mereka.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev ketika menyampaikan ucapan menerusi televisyen malam semalam mengumumkan hari berkabung pada 12 April di seluruh negara. Beliau juga berjanji menjalankan siasatan dengan sedaya upaya terhadap nahas udara tersebut.

Presiden China, Hu Jintao juga mengutus kawat takziah kepada Speaker Parlimen Poland, Bronislaw Komorowski yang ditugaskan pemangku Presiden negara itu untuk menyampaikan rasa simpati.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya pulak kat sana..tapi BN x kan bertanding kat sana..garenti kalah

Ledang72 berkata...

Harap kejadian mcm tu tak berlaku di Malaysia, moga dijauhkan Allah yg maha berkuasa. "tanpa nama" ni umno/apco ke ???? atau penyamar di sini