20 April 2010

Nik Aziz sokong penuh Zaid, akan turun 23 April

4 Jamadil Awal 1431H.
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 19 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.

Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.

“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.

Sambung Husam lagi, bukan itu sahaja Tuan Guru turut menghubungi Zaid selepas beliau diistiharkan calon Pakatan Rakyat dihari penamaan calon.

“Malah dua hari berikut Tuan Guru sekali lagi menelefon Datuk Zaid untuk memberi semangat dan sokongan,”ujar Husam lagi.

Bagi Husam, Zaid merupakan calon yang paling layak untuk bertanding dalam pilihan raya itu kerana kekuatannya yang tersendiri.

Sambungnya, calon berkenaan secara jelas telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri semata-mata kerana rakyat yang telah diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya dalam masaalah ISA.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal pengundi di Hulu Selangor menolak calon BN dalam pilihan raya itu nanti dan sebaliknya menyokong penuh calon Pakatan Rakyat yang akan meneruskan perjuangan mereka.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

MIBU BULAN. berkata...

Salam YB......
Wahai kaum Muslimin yang beriman dengan ALLAH.... terutama Pengundi P.94 Hulu Selangor.... Undilah apa yang disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz.... Ulamak yang sentiasa patuh dengan suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laranganya..... SUNNAH Nabi Muhammad S.A.W menjadi pegangan hidupnya...... Takbir.....

Tanpa Nama berkata...

DATO' ZAID IBRAHIM TELAH TERBUKTI PRIHATIN KEPADA GOLONGAN YG KURANG BERNASIB BAIK DI KELANTAN MELALUI YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN (YOKUK)DAN JIKA TERPILIH MENJADI WAKIL RAKYAT DI HULU SELANGOR INI, DENGAN SUMBER KEWANGAN DAN HUBUNGAN YG RAPAT DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PENDUDUK HULU SELANGOR PASTI AKAN BELIAU BELA.

INILAH PEMIMPIN YANG SEBENARNYA MENDAHULUKAN RAKYAT, BUKAN MACAM UMNO, SLOGAN SAHAJA MENDAHULUKAN RAKYAT TAPI HABIS SEMUA HARTA RAKYAT DI ROMPAK UNTUK MEMPERKAYAKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI.
CONTOHNYA ROYALTI 5% KELANTAN TU PUN DI AMBIL LAGI, BILA RAKYAT TAHU UMNO MENIPU, MAKA DI TUKAR KEPADA WANG EHSAN, LEPAS TU BERI SIKIT-SIKIT SAHAJA UNTUK TUTUP PENIPUAN.
ROYALTI TERENGGANU PULA DI TUKAR KEPADA WANG EHSAN SELEPAS TU DI KEBAS PULA OLEH PARTI UMNO UNTUK DIBERI KEPADA PUTERI UMNO, BAIKI RUMAH MENTERI BESAR KEDAH & NEGERI SEMBILAN(SEBELUM 2008)DAN LAP TOP SEBIJIK SORANG KPD JKKK (AUDIT CAKAP) DUIT RAKYAT TERENGGANU SENANG-SENANG DIORANG BAHAGI-BAHAGIKAN! LEPAS TU SURUH RAKYAT BERTERIMA KASIH! LANUN PUNYA ORANG.

Tanpa Nama berkata...

kalau tok guru nik aziz pun turun ke hulu selangor ..ana pun kena turun jugak lah nampaknya..jom kakat ramai2 org pas turun hulu selangor..pesan kat zaid lepas menang ni jgn lompat ke umno dah le