25 Mei 2010

20,000 penyokong bukan Islam kini ahli PAS

10 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat.

"Tapi untuk mengundi dalam pemilihan parti belum lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, dewan yang dibentuk itu akan menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.
Jelasnya, usaha itu penting bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan BN.

Katanya lagi, tohmahan yang digembar-gemburkan melalui media kawalan BN terhadap parti itulah yang menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap PAS.

"Kalau dulu mereka jalankan aktiviti atas nama kelab penyokong sahaja tapi sekarang mereka akan dapat jalankan aktiviti (dengan) lebih terarah dan tersusun.

"(Fokus) mereka, terangkan dasar PAS dan pecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam.

Pelancaran dewan tersebut pagi ini disempurnakan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih baik mereka didalam PAS dan ini akan membuatkan mereka lebih berkualiti dengan tarbiah yang perlu dilalui jika ingin menjadi pemimpin iaitu tarbiah ISLAM. Meraka juga akan menjadi pemankin serta boleh menjadi "check and balance" dalam membuat sesuatu dasar yang melibatkan kepentingan bukan islam menurut perspektif islam. Pendekatan ini juga dapat merapatkan semua kaum dimana sesuai untuk dapat menyankal semua tohmahan bahawa PAS adalah satu parti yang Jumud. PAS patut bersyukur bahawa orang bukan islam mahu mendekiti islam dan tanggunjawab PAS adalah menyediakan platform yang mana bersesuaian dengan syariat islam.