26 Mei 2010

Dari Judi Kuda ke Judi Bola; Lepas Ni Mungkin Judi Pilihanraya

11 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: annuar kamaruddin

Masa zaman Supermokh, Spiderman dan rakan-rakannya dulu, saya baru sekitar tujuh belas tahun. Ada juga kawan-kawan saya ajak betting siapa menang siapa kalah bila ada bola. Tapi kerana tak minat sangat hal bola ni, saya buat dek aja.

Selepas masuk kolej, masa tu ada piala Dunia, ada juga si mamat yang jadi promoter betting. Keliling hostel dia cari siapa nak betting. Saya tak tahu hal betting membetting ni dengar ajelah.

Tapi apa yang saya tau diaorang ni suka-suka je. Lepas menang betting belanja kawan-kawan. Masa tu kat surat kabar pun ada teka bola. Budak-budak sekolah main-main je. Tak tahu pun bola boleh jadi Judi.

Tahu-tahu hari ni bising pasal bola nak jadi judi. Dari hal suka-suka oleh budak-budak, kerajaan jadikan serius pulak. Budak-budak sekolah pun pening kepala Tanya Cikgu mereka Judi Bola tu apa benda?

Pada saya senang je jawabnya. Kerajaan pun nak berjudi jugak. Nak suka-suka tapi duit masyuukk….Bagi lesen. Alasan kalau tak bagi orang berjudi. Tak boleh kutip cukai judi jadi bagi lah lesen judi untuk bola. Sekejap je. Habis Piala Dunia habis lah judi tu.

Betul ke ni? Berjaya Grup nanti akan minta sambung lesen pulak. Sebabnya dah banyak bukak premis. Tak balik modal. Eh ye ke! Tak pe. Kerajaan nanti bagi lesen untuk Judi Bola Piala Malaysia , lepas tu Judi Liga Malaysia , Judi Pesta Bola Merdeka, (Tak lama dah!) Judi Bola MSSM. Eh! Itu baru dalam negeri. Kat luar negeri pun ada lagi boleh buat judi. Liga Sepanyol, Liga Inggeris, Liga Eropah, Liga Copa Amerika. Hal Bola ni mana pernah habis. Maka lesen judi bola tak akan tamat setakat piala Dunia je.

Dengar cerita orang Taiping ada main judi hujan. Teka pukul berapa hujan turun. Dulu pernah heboh. Yang ni pun boleh bagi lesen juga. Tak lama lagi pilihanraya. Boleh bagi lesen juga. Bertaruh parti mana menang. Lepas tu rasuah calon supaya tarik diri. Tauke judi boleh atur.

Kawan saya Ah Wa , seorang mekanik kereta pernah beritau saya, ini judi memang kerja gila. Mana ada orang menang judi jadi kaya. Ini tauke judi dia tak takut orang menang juta-juta. Yang dia takut, kalau nanti tak ada orang nak main judi.

Tapi kata ketua umno nombor dua, saya tak tahu pun rakyat bantah pasal judi bola. Mengapa dia orang tak bagi tau saya!

2 ulasan:

kerajaan dah gila judi.. berkata...

puak-puak gila judi ni main lawan teka berapa bijik ada dalam cili kering pun jadi jugak!..

cara kerajaan nak kawal judi pun tak nampak praktikal.. mungkin betul laa kerajaan tu sebenarnya nak berjudi untuk dapat hasil..

Tanpa Nama berkata...

Lepas judi....harga petrol naik 0.15 lepas tu naik tarik eletrik 2 1/2 sen....Tunggguuu...buat rakyat yang 1Malaysia.