26 Mei 2010

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura

11 Jamadil Akhir H

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pulau pisang apa cerita

Tanpa Nama berkata...

rakan-rakan semua. cuba kita pikir elok2..
adakah pm kita sekarang seorang yang berfikiran kehadapan dan pandai dalam iktiar hidup (perundingan) sebab dah blok minyak bagi ke brunai, nie tanah KTM pajak 999 tahun pulak nak diserahkan...

perundingan dengan singaruoa harus dilihat dengan 100mata dan cabang bukan dengan 2atau 3 qakai shj. kerana singapura terkenal dengan kelicikan rundingan.

awal2 lagi dah namp[ak kekalahan maysia, iaitu rundingan kepintingan negara dirunding dlm suasana tidak formal,tiada minit2 dan jawatankuasa yg betul dalam melihat aspik keselamatan dan kepentingan negara diambil kira.

aduh... pening dan bermasalah negara kita... cuba ingan apayang kita buat ini untuk ditinggalkan kepda anak dan cucu cicit kita esok?

kalau perjanjian pajakan tanah KTMB boleh diubah, megapa perjanjian air tidak boleh diubah? kenapa singapura bertegas soal air? isu pulau bt putih,jambatan bengkok,duit caruman rakyat malaysia yg berkerja di sana dll isu yang mana melibatkan keselamatan & kepentinga singapura, mereka akan tegas! sebaliknya kita?

inilah kelicikan singapura yang harus diperhatikan., jagan tersilap setuju, tergadai negara.