31 Mei 2010

GAS beri Samy seminggu untuk letak jawatan


15 Jamadil Akhir 1431H.

5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

Katanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetaui 4,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 4,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang membabitkan syarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Awanama berkata...

tak risau ke ni pun satu taktik BN
nak tarik sokongan india ?
DHPP pntg utk main peranan
cantik benar DHPP diberi ruang lebih

Umno dibelakang V.Mugilan??? berkata...

Salam,

Apa khabar PARTI MAKKAL SAKTI TAJAAN PM NAJIB???
Mungkin dah terkubur kot???
Cubaan PM Najib nak melemahkan MIC dari luar tidak berjaya...Jadi skrg...dari dalam.
Cubaan Val Paari utk memisahkan V.Mugilan (GAS) dr Umno pula berjaya...
jadi siapa yg lebih cerdik???

Hemmm... Sejarah dalam MIC akan berulang kembali, jika V.Mugilan dpt menumbangkan Samy Vellu, maka V.Mugilan akan menjadi Samy Vellu yg baru utk parti MIC...mungkin berkuasa selama 31 tahun ke atas MIC sehinggalah akan ada pula...Samy Vellu/V.Mugilan baru, yg lain pulak pd 31 tahun akan datang...pi mai pi mai tang tu, kata org Utara...masalah org2 India tak selesai jugak..keluar mulut Harimau, masuk mulut Buaya...ataupun GAS (kalau didaftarkan) nasibnya mungkin menjadi seperti Parti Semangat 46...dan dinamakan Parti India Semangat 51 pasal MIC ditubuhkan pd 1951.

Parti perkauman sebenarnya sudah tidak relevan lagi pd masa skrg dan akan dtg, kerana keadaan sosio-geografi yg sudah berubah... Melayu-Cina-India berada dlm komuniti yg sama terutama di bandar2 dan pinggir bandar. Mereka berkongsi susah-senang bersama. Apa yg kaum masing2 mahu ialah keadilan, peluang pekerjaan, mengamalkan agama masing2, hidup yg sejahtera-harmoni dan pendidikan yg sempurna sedangkan parti2 berasaskan perkauman pula talian hayatnya adalah sentiasa memutarkan isu2 perkauman dan mencetuskan ketakutan di kalangan rakyat.

Semoga parti2 berasaskan perkauman seperti Be eNd, Umno, Mca dan Mic akan berkubur menjelang PRU-13 nanti, Insya'Allah.

SAMY MESTI BERTINDAK MACAM MAHATHIR berkata...

DATOK SERI SAMY VELLU MESTI PECAT SEMUA 5000 ORG2 INDIA YG HADIR BERSAMA V.MUGILAN(GAS), KALAU TIDAK, KEPIMPINAN SAMY VELLU AKAN DI PERLEKEHKAN OLEH KEPIMPINAN MIC DAN PARTI2 KOMPONEN BN YG LAIN.

KALAU SAMY TAK BERTINDAK, MAKA LEBIH RAMAI LAGI YG AKAN BERANI MENENTANG.

omno berkata...

mic sudah....omno bila lgi huhuhuhu