15 Mei 2010

Gobala didenda RM3000, mungkin hilang MP

29 Jamadil Awal 1431 H

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.

Malaysikini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan polis yang menghalang dulu rakyat???? (spt slogan rakyat di dahulukan), tadak serupa bikin, saja trick dajal nak jahanamkan pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tak pa PILIHANRAYA LAGI...NANTI HUJAN DUIT TURUN KAT PADANG SERAI...MESTI LEBAT PUNYA,,BILA LAGI KITA NAK RASA DUIT JUTA JUTA...BUAT RAKYAT PADANG SERAI ...APA LAGI MINTA LA MACAM2 BIAR UMGOK BN TEKEJUT NAK BAGI...