17 Mei 2010

Keadaan di Sibu, hujan turun dengan renyai-renyai.

Debaran menunggu keputusan rasmi dari SPR diiringi dengan suasana hujan renyai-renyai yang turun sejak lepas maghrib awal malam tadi.

Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah di Surai Kg. Hilir pada jam 7.00 malam tadi, saya beredar untuk berada disebuah restoran bersebelahan dengan Hotel Paramaunt di Kampung Dato. Sisitulah pada malam tadi pakatan Rakyat mengadakan himpunan raksaksa yang dihadiri oleh hAMPIR 10,OOO orang penyokongnya.

Kelihatan pasukan polis dengan siap dengan pakaian FRU dan biasa berada disekitar kawasan tersebut. Saya menjangkakan mereka sedang mengawasi keadaan kawasan itu dengan jangkaan akan diadakan satu lagi himpunan disitu sekiranya calon Pakatan Rakyat menang.

Kebetulan pentas yang digunakan pada malam tadi yang terletak bersebelahan dengan Ban Rakyat masih tidak dibuka.

Berarti kekalah calon BN telah dicium lebih awal oleh pasukan keselamatan.

Tiada ulasan: