17 Mei 2010

Piala Thomas; Kerajaan Barisan Nasional perlu bertindak !

2 Jamadil Akhir 1431H.


Oleh Annuar Kamaruddin

Kita dan tunggu 18 tahun. Kita perlu buat sesuatu! Itu luahan hati jurulatih dan para peminat Badminton Negara.

“Ini soal maruah Negara.” Kata yang lain. PM pun kata begitu. “Lihat semula apa yang BAM buat. Lihat lawan kita. Kenal pasti kekuatan mereka dan kelemahan kita.” Tambah PM.

Saya ada satu cadangan . Apa kata Kerajaan Barisan Nasional guna pendekatan dan kaedah Barisan Nasional. Tiap kali pilihanraya, BN pasti menang. Sebab BN ada pendekatan sendiri.

Apabila PR menguasai Perak, tiba-tiba BN ambil alih. PR yang dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, MP-MP pula tiba-tiba hilang jatidiri dan dengan mudah pula melompat keluar parti menjadi Bebas (Tapi tak Bebas sebab takut Umno). ADUN-ADUN PR yang keluar jadi Bebas pun ramai tanpa alasan kukuh. Sekarang ni nak kacau Kedah pulak dah!

Bagaimana mereka terpancing keluar. Hanya BN yang punya jawapan.

Nah! Ini strategi Kerajaan BN patut guna pulak untuk rampas Piala Thomas. Tak perlu tunggu lagi. Tahun 2012 Piala Thomas pasti milik kita.

Ingat tak bagaimana hebatnya lobi kerajaan BN ketika nak jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel. Habis wakil-wakil Afrika janji akan undi kita. Dan akhirnya kita dapat apa yang kita mau. Tuan Rumah Sukan Komanwal. Britian sangat marah dengan cara kita tu.

Masa Rexy nak sambung permit kerja, tiba-tiba hadiah Permanent Resident pulak yang dapat. Wow hebat.

Menteri Belia dan Sukan yang hebat sekarang ni kena pergi ke China . Ambil borong semua pemain-pemain Badminton mereka dengan jurulatih dan pelatih-pelatih pelapis sekali. Lepas tu pergi pulak ke Indon. Lepas tu pergi Korea dan Jepun. Buat macam tu juga. Lepas tu buat perancangan untuk ambil alih IBF pulak. Apapun ini pendapat dan cadangan sahaja. Barangkali tidak mungkin tapi tidak mustahil!.

5 ulasan:

Affan Ruslan berkata...

haha.
ada unsur sinis dan sarkastik disitu

Tanpa Nama berkata...

Malaysia boleh jd Juara Piala Thomas dgn Semua Pengadil dirasuah, sua Penjaga Garisan d rasuah, semua pemain dirasuah, semua pegawai2 dirasuah, semua media penyiaran dirasuah......rasuah....rasuah....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

realiti

Unknown berkata...

Mungkin rasuah telah berlaku...ramai org pertaruh Malaysia Final dengan China....jadi kalu malaysia Final dgn cina booki rugi banyak...Tetiba2 ada sorang pemain regu buat taik...Jadi malaysia terpaksa lawan china selepas mnang dgn denmark...sepatutnya malaysia mnang dgn jepun dan jumpa indon..ada harapan masuk final..takla malu sangat...Tapi kita malu kerana kalah dan ada booki dan sorang 2 opemain untung...fikirkanlah

yang yang berkata...

Kroni dari atas sampai bawah...
Ramai remaja berbakat, tp yg
ada kroni sahaja yg dpt peluang
bermain peringkat tinggi...
Akhirnya
Malaysia LINGKUP DEK SISTEM KRONISME...