02 Jun 2010

Penyelidik: Melaka diasaskan pada 1262, bukan 1400

18 Jamadil Akhir 1431 H

Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lalu.

"Dengan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di Melaka, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut.

Malaysiakini/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak kisahlah tahun bila ditubuhkan, yang pasti sejak tahun 1511, Melaka jahanam hingga sekarang.

Tanpa Nama berkata...

kaji selidik benar-benar baharu dilaungkan, sejarah perlu banyak bukti, tak cukup satu semacam sejarah melayu yg konon versi raja bongsu.

Tanpa Nama berkata...

Berbanding apa yang telah ditinggalkan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, tiada secebispun struktur Kesultanan Melayu Melaka kekal pada hari ini yang boleh dibuat kajian.

Tanpa Nama berkata...

baik buat satu dokumentari khas mengenai penemuan baru ini dalam discovery channel..lebih berbaloi..satu dunia nanti tahu.takdelah terperam je dalam library nanti hasil kajian penyelidik negara kita ni

Tanpa Nama berkata...

Pastikan penyelidikan terhadap Sejarah Melaka adalah telus dan ikhlas dan bukan sekadar membuat pengakuan berdasarkan satu sumber sahaja. Dalam sejarah kalau satu sumber dimanupulasikan maka semua fakta sejarah dan urutan sejarah yang lain akan tergugat. Pastikan semua penemuan sumber sejarah diteliti sepenuhnya sebelum diterbitkan.

Guru Sejarah SMK.

Tanpa Nama berkata...

"Tak Melayu Hilang Di Dunia"..mcm propaganda UMCO aje..

Tanpa Nama berkata...

saya percaya melaka wujud lebih awal dr 1400 kerana sebagai pencinta sejarah..mmg sangat menghairankan kerana melihat senarai sultan dan bendahara yg lebih drpd 8 org mustahil jangka masa kewujudan melaka hanya lebih kurang 100 tahun....saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri melaka..tahniah....

pencinta sejarah melayu...