02 Jun 2010

MEREKA ADA GAS DAN GAM, KITA ADA GAB

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GAS (Gerakan Anti Samy) semalam baru sahaja menyemburkan `gas'nya walaupun disedut dengan pantas oleh geng-geng Samy. Maka, GAS pun dianggap gagal kerana jauh dari sasarannya untuk mengumpulkan lebih kurang 15 ribu para penyokongnya agar boleh bikin Samy kecut perut. Ternyata yang hadir dikatakan hanya sekitar 3, 500 sahaja yang masih ada `gas' untuk berdepan dengan Samy. Tentu Samy dan juga GAM (Gerakan Anti Mugilan) bersorak besar dengan keaiban yang diterima oleh GAS yang dikatakan `proksi' Umno itu.

Kita yang berada di luar ini hanya menonton drama demi drama oleh parti-parti komponen Bn ini setelah MCA baru selesai menayangkan drama mereka.

Kita penuh yakin bahawa drama-drama ini akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana kebanyakan pemimpin di dalam parti komponen Bn telah mulai kenal wajah Umno.Jika mereka boleh mempromosikan GAS dan GAM, kita juga akan cuba mempromosikan GAB pula. GAB (Gerakan Anti Bn) sebenarnya telah lama berjalan dan kini telah mula menampakkan hasilnya, cuma jenama GAB sahaja yang belum dipromosikan secara meluas. Mungkin tidak salah jika pimpinan di dalam PR mula memperkenalkan jenama terbaik GAB ini.

Kita jangan peduli samada GAS atau GAM yang berjaya, samada Samy akan berundur atau tidak, yang penting adalah GAB akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semakin bimbang dengan keutuhan PR apatah lagi melihat kepada kesefahaman di antara PAS dan DAP yang sukar untuk kepala otak pimpinan Umno memikirkannya.

Najib kini dilihat tiada arah di dalam dasar dan prinsipnya yang kejap-kejap berubah. Najib perkenalkan MEB kununnya untuk menandingi dasar PR, tetapi baru berdepan dengan beberapa desakan NGO yang diketuai oleh Ibrahim Al-Kataki, Najib terketar-ketar mengumumkan bahawa sebenarnya MEB belum muktamad. Rupa-rupanya selama ini Najib bercakap benda yang belum muktamad. Inikah PM yang dikatakan Obama Presiden Amerika memujinya dan ingin mencontohi dan belajar dasar ekonomi dari Najib?

Percayalah, apabila Najib berdepan dengan kaum bukan Melayu nanti, Najib akan memaklumkan bahawa MEB sudah dimuktamadkan. Tidak hairanlah jika rakyat bukan Melayu kini semakin tidak mempercayai apa jua yang keluar dari mulut Najib. Di dalam kenyataan beliau berkenaan MEB yang belum muktamad itu, Najib pun menyebut betapa Islam sendiri pun memerintahkan berlaku adil tidak mengira apa jua bangsa dan agama. Mengapa Najib tidak menyebut tentang lesen judi bola yang diluluskannya itu? Tidak berjumpakah Najib tentang ayat Al-Quran berkaitan judi?

Pemimpin yang terlalu banyak berbohong dan retorik akhirnya cepat diketahui rakyat. Tidak seperti pemimpin PR yang konsisten apabila menyebut tentang dasar dan perjuangan kepada rakyat. Bahkan, pemimpin PR sanggup berdebat bila-bila masa sahaja dengan pemimpin Umno berkaitan apa jua dasar agar kesemua rakyat berbilang kaum tahu dan menilai dasar siapakah yang lebih adil. Masalahnya, belum ada sejarah Najib berani untuk berdebat dengan pemimpin PR. Kerana apa? Ini adalah kerana Najib terlalu banyak hipokrit serta terlalu banyak membohongi rakyat.

Najib gagal di dalam semua aspek kerana itu dikatakan bahawa negara ini menuju ke arah bankrap. Tiada siapa pun di kalangan menteri beliau yang mampu membantunya bahkan lebih ramai hanya mendekati Najib untuk mencium tangannya sahaja. Jika dahulu Umno menuduh ekonomi negara terganggu kerana perjuangan reformasi yang dibawa oleh DS Anwar, kini dikatakan pula negara akan bankrap kerana adanya dasar subsidi kerajaan kepada rakyat selama ini. Begitulah lintang pukangnya bacaan ekonomi Najib sehinggakan beliau benar-benar hilang idea untuk membangunkan negara ini. Untuk menguatkuasakan larang penjualan rokok 14 batang pun tidak menjadi dan bertangguh, apa mahu diharapkan dengan dasar yang lebih besar?

Tiada cara lain lagi melainkan GAB perlu diperkuatkan. Bukan sahaja Najib perlu disingkirkan dari memimpin negara ini bahkan Bn juga mesti dinyahkan. Jika mereka sendiri sudah tidak yakin untuk membangunkan negara dengan berbagai dasar yang lintang pukang, rakyat perlu memilih kerajaan baru untuk menyelamatkan negara ini.

1 ulasan:

Menangguk di air yg jernih... berkata...

Salam,

Syarikat Umno,Mca,Mic yg bernama Be End akan menuju kpd MUFLIS/BANKRAP 2019 nanti, elakkan dr mengundi Syarikat Be eNd ini pd PRU-13 nanti supaya kita semua RAKYAT MALAYSIA YG BOLEH BERFIKIR tidak menerima nasib yg sama dgn Be End pd 2019 nanti...

Biarlah Be eNd MUFLIS/BANKRAP bersama2 dgn Raja Katak Perkasa, Gerakan Bangkit Melayu (SEBAGAI GOLONGAN PENDESAK KONONNYA! KAH KAH KAH AMARAN 48 JAM KAT PEMUDA GERAKAN-MCA PON TAK ADA ORG YG HIRAUKAN...TUP TUP JADI BERI BUKU SUPAYA DI BACA PEMUDA MCA-GERAKAN)...

Kita sebenarnya kena ambil peduli dan ambil tahu juga berkenaan dgn GAS & GAM dgn cara 'MENANGGUK DI AIR KERUH!

Samy Vellu tidak ada masalah, beliau tidak akan meletak jawatan sehinggalah 2012 iaitu mungkin beberapa hari sebelum PRU-13 yg memungkinkan pengganti beliau tidak sempat nak buat apa2 kpd jentera parti MIC...ini akan melemahkan jentera Be eNd- yg boleh di baca sebagai satu bentuk sabotaj Samy terhadap Be End....(Samy : "padan muka dgn Umno-Najib yg menaja Makkal Sakti"

Manakala V.Mugilan kemungkinan besar tidak akan berjaya menjatuhkan Samy Vellu yg perkasa (sebenarnya Samy lebih Perkasa dr PERKASA kerana dah berkuasa lebih 31 tahun, PERKASA baru beberapa bulan di tubuhkan tapi lagak je lebih) V.Mugilan tidak lebih dr nyamuk bagi Samy Vellu...

Sambil PR (PAS,PKR,DAP) menyelesaikan kebanyakan masalah kaum India di negeri2 PR...

Betapa kelam kabutnya Umno dlm menghadapi situasi ini sehinggakan apabila digertak oleh anak Samy Vellu, Val Paari, terus saja Umno berubah 180 darjah... mendakwa tidak menyokong V.Mugilan dan tempahan PWTC juga tiba2 di batalkan...rakyat semua dah tahu semua kelentong permainan ini.

Sekarang, bola berada di kaki Samy Vellu... terpulanglah kpd Samy utk merembat ke pintu gol GAS atau bolanya akan di rebut oleh Umno...