03 Mei 2010

Ugut bunuh Nik Aziz, lagi laporan polis dibuat

17 Jamadil Awal 1431H.
Hafiz Irwan

PENGKALAN CHEPA, 2 Mei: PAS Kawasan Pengkalan Chepa, membuat satu laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun facebook, yang dikenali sebagai Mohd Safuan Hilmi.

Setiausahanya, Hassan Mamat membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini.

Kehadiran beliau ditemani hampir 30 penyokong PAS.

"Saya membuat laporan ini kerana berpendapat kenyataan penulis itu adalah satu tulisan ataupun komen yang berunsurkan provokasi terhadap keselamatan dan juga satu ugutan jenayah secara terbuka terhadap seorang ketua sebuah kerajaan.

"Oleh itu kami (PAS) pohon pihak polis dapat membuat penyiasatan penuh dan seterusnya mendakwa penulis terbabit sebagaimana peruntukan undang-undang bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain daripada terus berleluasa" katanya ditemui di luar pejabat IPD.

Mohd Safuan, melalui laman web sosial facebooknya dikatakan telah menulis "Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi.

"Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu" katanya semasa berkomunikasi dengan salah seorang daripada rakan facebook.

Facebook Safuan Hilmi bagaimanapun di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

Dalam profil sebelum ini, Safuan meletakaan ahli Umno pada bahagian pandangan pilitiknya.

Semalam juga, Dewan Pemuda PAS Pusat, turut membuat laporan sama bagi menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan semalam turut meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

Meso berkata...

Salam..
dugaan Allah pada para waris Al-Anbiya..
org2 kafir dan munafik xkan berhenti sampai ke kiamat.

Tanpa Nama berkata...

salam ...
sah diatulah abu lahab dan abu jahal dan konco-konconya....yang pernah juga mengugut dan cuba membuhuh nabi.mereka ini pasti akan disumbatkan kedalam neraka jahanan...ada jugak puak -puak bodo & gila macam ini...pening kepala aku satu malaysia ni...

Tanpa Nama berkata...

Yb! tolong paparkan alamat atau maklumat lengkap safuan hilmi, kami telah memulakan 'jejakesan' untuk bertemu dengan nya. banyak penyelesaian yang perlu di hitung dengan nya. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

budak safuan hilmi ni otak letak di bontot
budak yang tak tahu membezakan antara kaca dengan permata
budak yang hatinya hitam dan otak bersarang syaitan
dia mungkin keturunan abu jahal
atau cucu cicit abu lahab
dan mungkin saudara firaun