03 Jun 2010

BOIKOT BARANGAN AMERIKA & ISREAL: LANCAR KEMPEN KESEDARAN

19 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah sekeras-kerasnya kekejaman serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang memerlukan sokongan bantahan semua pihak.

Jesteru itu, DPPN Pk mendesak agar kerajaan memboikot seluruh barangan berkaitan Amerika / Isreal serta membatalkan sebarang urus niaga berkaitan. DPPN Pk juga mendesak agar kerajaan tidak mengadakan sebarang hubungan perniagaan atau sebagainya termasuk membatalkan kontrak syarikat perundingan APCO yang menjadi perunding komunikasi kerajaan.

DPPN Pk meminta agar Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak turut bersama mendesak Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri Perak agar membatalkan kerjasama dengan syarikat perundingan APCO dengan segera. Syarikat perundingan APCO yang jelas ada kaitan dengan Amerika / Isreal perlukan ketegasan daripada rakyat dan kerajaan Malaysia agar ianya dibatalkan dengan segera.

Jika syarikat perundingan APCO masih bertapak juga, bermakna gagal lah Pemuda Umno Perak untuk membantah kekejaman rejim Isreal. Kalau itu pun Pemuda Umno tidak mampu lakukan, apakah maknanya bantahan tersebut di buat yang hanya cuba mengaburi mata rakyat yang membenci rejim Isreal.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

antara brgnya ape?

Qaseh Bonda berkata...

Ketegasan memboikot Israel seumpama kerajaan membenteras gejala merokok.

Fatwa merokok haram, denda sana sini kalau merokok bahkan tukar gambar kotak rokok pun pengeluaran rokok tak henti2...nak pupus jauh sekali.

Cakap tak serupa bikin.

Terlajak perahu bolehlah jugak di undur.

Terlajak memerintah, rakyat semakin mundur.

Anggota kerajaan kaya raya

Ahli politik UMNO kononnya semakin berkuasa

Ini semua kerja orang2 UMNO yang lupa asal usul.

Dari tanah kita dijadikan dan ke tanah juga kita dikembalikan.

Tanah UMNO semakin gersang, kepanasan dek bahang derhaka.

Duit satu sen pun yang disalurkan pada Israel, sebutir peluru membunuh rakyat dibumi sendiri.

Terbayang perjalanan ke kelantan!!!

Mendoakan kesejahteraan tok guru yang mendidik kelantenese bersemangat chinese.