03 Jun 2010

Qunut nazilah dalam solat lima waktu

19 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta umat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap solat lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yb...leh publish x cner nk wt qunut nazilah..
mntak maaf sy brtnya soalan cmni..
cz sy familiar ngn bnda ni..
mngkin dh lpa cz xmngamal..huhu

Tanpa Nama berkata...

ya allah... hancurkanlah rejim israel.....

Abdullah Ngah berkata...

Betapa 313 boleh kalahkan 1,000 tentera kafir dan 3,000 tentera islam boleh kalah 250,000 tentera kafir.

Inilah hasil doa yang dimakbul oleh Allah dengan bantuan malaikat di langit.

Sekarang ini umat Islam sebanyak 60 juta disemanjung arab kalah dengan yahudi yang jumlah 3 juta sahaja

mengapa jadi begitu. Tidak lain dan tidak bukan maksiatlah puncanya.

Saidina Umar pernah berkata, selagi ada maksiat dalam kumpulan itu selagi itulah ia tidak akan mencapai kemenangan.

Hari ini bukan sahaja maksiat bermaharaja lela dalam kumpulan umat Islam, malah gaya hidup pun macam gaya hidup orang Yahudi.

Bukan satakat itu sahaja percaya kepada orang kafir, maka ia sudah jadi macam kafir juga.

Demikian apa yang berlaku di Palestin sejak sekian lama.

Tanpa Nama berkata...

sial rujuk web berikut:


http://www.iumelaka.com/v1/2008/12/31/qunut-nazilah-buat-mereka/