07 Julai 2010

Bolehkah makan kuda atau landak?

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

KUDA

Terdapat perselisihan pendapat mengenainya sperti berikut:
pendapat pertama: Haram

INi adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan sebahagian pendapat mazhab maliki.
Pendapat kedua: Halal

Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hambali dan sebahagian mazhab Maliki.

Dalil mereka:

وأذن في لحوم الخيل

Maksudnya: Dan Nabi mengizinkan memakan daging kuda.(HR Bukhari dan Muslim)

LANDAK

Juga terdapat khilaf seperti berikut:

Pendapat pertama: Haram.

Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalilnya: NAbi berkata:

خبيثة من الخبائث

Maksudnya: Ianya salah satu daripada benda2 yg keji.(HR Ahmad dan Abu Daud)

Pendapat kedua: Makruh.

Pendapat Imam Malik dan Imam Abu hanifah.

Pendapat ketiga: Halal.

Pendapat Mazhab Syafie, Abu Thaur dan Al-LAith.

Dalilnya: Asal kepada makanan adlah Halal selagi mana tidak dalil yg mengharamkan. Hadis diatas dikatakan sebagai lemah sanadnya.

Kesimpulan: Keduanya adalah halal dalam mazhab Syafie dan diharamkan oleh sebahagian mazhab lain.kita mesti berlapang dada.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khilaf umat itu kan rahmat...

Tanpa Nama berkata...

ngape yop , mike dah tak suka kambing , lembu dan ayam ke yop ? darurat certa lain ...

Tanpa Nama berkata...

teman dah rasa dah memang sedap....

Ayah Yeop berkata...

Saya ingin mengajak tuan'puan melihat permasalahan yang kita hadapi ini melalui prospektif biologi (zoologi), kita lihat dari segi taxonomi sesejenis haiwan.

Saya akui saya amat jahil dari sudut ilmu fekah, tapi saya rasa saya boleh memberikan sedikit cahaya untuk membantu dari prospektif taxonomi haiwan berkenaan.

Kuda dan landak ini termasuk dalam kumpulan mamalia. Bukan semua mamalia halal untuk kita makan, Mamalia pemangsa (predator) seperti harimau, singa, musang dan sebagainya adalah jelas haram untuk kita.

Hinzir pula di sebut langsung sebagai larangan dalam AlQuran tentang keharamannya. Tak perlu kita cari sebab mengapa tak boleh. Anggap itu sebagai perentah dari Allah, walaupun pada hakikanya ramai para saintis telah menemui akan keburukan makan hinzir ini.

Mamalia yang memakan rumput (hervibor) adalah dalam kalangan haiwan yang boleh kita makan. Contoh mamalia dalam kumpulan ini termasuklah lembu, kerbau, lambing, unta dan sebagainya.

Landak dankuda, termasuk dalam gulongan hervibor, dan saya setuju dengan pendapat imam Shafie, ianya halal untuk di makan.

Pandangan yang mengatakan landak itu keji, merupakan satu pandangan yang tidak cermat. Dari segi apa ia keji?

Adakah bulunya yang keras dan tajam itu dianggap keji? Bagaimana pula dengan udang yang mempunya sisik dan 'tanduk' yang tajam ?

Apa yang kita katakan duri landak itu sebenarnya ada bulunya yang telah termodifikasi menjadi keras, panjang dan tajam sebagai salah satu dari daya pertahanan dirinya, wallahhuaklan.

Penyembelihan dilakukan pada bahagian lehir atau tengkok, dan bahagian itu tidak ada bulu yang dimodifikasikan kepada duri yang keras.

Pak Oncu berkata...

YB,,, rendang landak yum yum yum ,,, meh datang negeri 9 cuba masakan org org ghombau,,,, Landak daging lebih sedap dari ayam ,,,,

Tanpa Nama berkata...

Ya Akhi Anta alassowab...rujuk kitab Hayatul hayawan al-kubra lil Imam Addamiri..ana pun dah makan daging keduanya..daging kuda agak liat, manakala daging landak sedap ,manis dan lembut..kata orang dulu kala", daging paling sedap adalah kijang dan yang kedua adalah landak..tak caya boleh tryy...