19 Julai 2010

Harussani semakin bercelaru.

6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dirisaukan oleh mufti perak tentang kehilangan kuasa melayu? Mana ada hilang kuasa melayu....kenyataan ini seolah-olah meletakkan agong dan sultan-sultan tiada nilai langsung. Kalau betul nak satukan melayu...mestilah ajak melayu amal islam...baru boleh bersatu. Kalau tiada kalimah Allahuakbar mana mungkin permulaan langkah perjuangan boleh bermula.

Tanpa Nama berkata...

Buat mufti perak, cukup-cukup le tu nak cakap pasal perpaduan melayu. Dah cukup lama di "dimuftikan" tapi pasal perpaduan Islam yang memperjuangkan hak dan tuntutan Allah dia kurang beri perhatian. Terlalu kuat mufti perak berbincang dan berpolitik gimik soal perpaduan melayu mengikut acuan umno dan umno hanya mahu orang melayu berpadu dibawah umno. Dari dulu sampai sekarang pun umno ni tak pernah hebat, hebat umno kerana mengkucar-kacirkan orang melayu. Dan itu lah yang mufti perak ni tak nampak-nampak. Cukup lah tu, perjuanglah perpaduan untuk Islam agar mendapat keredo'an Allah. Bila perpanduan Islam diperjuangkan, semua rakyat terbela termasuk yang bukan Islamm. Jalankanlah kerja agar semua rakyat faham tentang Islam secara syumul. Kalau semua dah faham tentang Islam nanti terlepas lah tanggungjawab mengapa mereka masih kafir.

Tanpa Nama berkata...

semua ini agenda terancang Umno untuk menutup isu kenaikan harga barang baru-baru ini.

Tanpa Nama berkata...

Memang harussani bukan orang politik tetapi beliau banyak berpolitik dari menjalankan dakwah kepada rakyat negeri Perak. Mufti bertaraf EXCO jadi kenalah membalas budi umno balik setelah bermacam kemewahan diperolehi. Sebab itu beliau sanggup buat macam-macam asalkan umno boleh mendapat faedahnya. Kalau mufti dah pandai berbohong, apa lagi hendak kita pegang kepadanya.

Minta maaf, adakah beliau berbohong untuk kepentingan tuannya atau dia terlupa atau dah nyanyok?

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

mmg pelik kulaan tua ni,mcm dah buang tebiat jer atau media lembu yg putar alam.

kita doakan agar Allah swt beri hidayah agar kulaan tua ini kembali kejalan yg benar....

ahmadnafiah berkata...

TS SSM Mufti Perak ni dah Harusana Haru sini nampaknya, Macam mana PAS boleh bersatu dengan UMNO kerana Shafie Afdal kata Pas parti sesat, jadi tak payah bersatu lah, lagi pun buat buang masa aja, ok la macam ni lu lu punya hal gua gua punya hal laa.

JIHAD MELALUI MENDAFTAR UNDI UTK PARTI ISLAM berkata...

MULAI SEKARANG, AHLI2 PAS WAJIB DIPERINGATKAN OLEH PIMPINAN2 PAS SEMUA PERINGKAT & DI SIARKAN DI MUKA HADAPAN AKHBAR/WEB HARAKAH SERTA BLOG2 PRO-PAS SUPAYA MENDAFTARKAN KAUM KELUARGA DAN MEMBUKA KAUNTER PENDAFTARAN SERTA MEMASTIKAN MEREKA MENGUNDI PAS DAN PAKATAN RAKYAT DLM PRU-13 NANTI.

TUGAS INI SEPERTI PANGGILAN JIHAD UNTUK BERPERANG KPD KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DLM PAS KHUSUSNYA & PR AMNYA. JANGANLAH TERLALU BANYAK BERSEMBANG DI KEDAI KOPI UNTUK SEKADAR DI LABEL SEBAGAI 'ORG KUAT PAS' TAPI USAHA BAGI MERAMAIKAN PEJUANG/PENGUNDI UNTUK PARTI ISLAM INI TIDAK ADA.

AYUH, KITA BERI KESEDARAN KPD ORG RAMAI MENGUNDI UTK MASA DEPAN NEGARA DGN MENOLONG AGAMA ALLAH SUPAYA ALLAH MEMENANGKAN KITA DLM PRU-13 NANTI DAN ALLAH AKAN MENGALAHKAN BE END/UMNO SEBAGAIMANA ALLAH MENGALAHKAN MUSUH2NYA DLM PERANG BADAR AL-KUBRA

TAKBIR, ALLAHU AKBAR.

Tanpa Nama berkata...

Allah telah menunjukkan bahawa beliau telah menjadi insan yang tidak mengenali identiti sendiri, di sebabkan perbuatan beliau sendiri.

NABI SATUKAN AUS-KHAZRAJ,MUHAJIRIN-ANSAR HANYA DGN ISLAM berkata...

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

BERSATU NI ADA BYK MCM. ADA BERSATU SUARA, MCM MASALAH DI PALESTIN, ADA BERSATU DGN CARA 1 PARTI DI MANSUHKAN DAN SEMUA AHLINYA MENJADI AHLI PARTI LAIN MCM SEMANGAT 46 MASUK UMNO BARU 1988...BERSATU??? MCM LAGU UMNO? MASALAHNYA UMNO BARU 1988 NI KAN DAH JADI ANARKI/HURU HARA/PECAH BELAH...BYK MASALAH. JADI MCMANA NAK BERSATU...
...MCM DUA PASANGAN NK BERKAHWIN, SORANG (LAKI) KENA AIDS,KENCING MANIS KAKI NK KENA POTONG, SAKIT JANTUNG, ASMA LAGI SOLAT JARANG2, MINUM ARAK DAN JUDI HOBI UTAMA, KETURUNAN DATO' NENEKNYA TERKENAL SBG PENGERUSI JUDI MANAKALA..
...SORG LAGI (POMPUAN)SIHAT WALAFIAT, BERUGAMA,PAKAI PURDAH, KETURUNAN BAIK2-ALIM ULAMA', MUKA BERSIH BERCAHAYA SOLAT XTINGGAL, SOLAT MLM LAGI ...SESUAI TAK DIJODOHKAN???

KALAULAH ANAK PEREMPUAN DATO' HARUSSANI MCM PEREMPUAN SOLEHAH YG KAT ATAS TU, LEPAS TU DTG LELAKI HAPRAK MCM KAT ATAS TU DTG MEMINANG ANAK DIA, MAHUKAH DIA TERIMA??? MUNGKIN DIA CKP, KALAU LELAKI TU DAH BERTAUBAT, APA SALAHNYA. MASALAHNYA, LELAKI TU BERPURA2 BERTAUBAT DPN BAKAL BAPAK MERTUA, TAPI KWN2 DIA SEMUA TAHU DIA TAK AKAN BERUBAH, DAN TAK BOLEH BERUBAH, DAN TAK MAHU BERUBAH MALAH LAGI TERUK...NAK MENIPU SEORG MUFTI KERAJAAN PERAK.

KESIMPULANNYA, PEDULIKAN DGN HARUSSANI.. BIARLAH DIA DGN TEORI BERSATUNYA ITU...

Unknown berkata...

ISLAM ITU TINGGI..
TIADA YANG LEBIH TINGGI SELAIN DARI ISLAM...

ALLAHUAKBAR..

Tanpa Nama berkata...

UMNO menonjolkan Harussani utk mengalih isu yg sedang menghimpit BN.

Buktinya mudah - "..Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut."

Seorang mufti tak perlu keluarkan kenyataan yang meragukan, siapa pemimpin PAS itu? Pimpinan atasan? berautoriti?

Isu yg dibawa UMNO sebelum ini masih lg GAGAL, hinggakan terpaksa menolak Harussani ke depan walaupun dah ada 40 ularmak.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya mufti ni dh tk betul agaknya..Rosmah scara trang2trangan tk menutup aurat itu dia xnak tgur,adun PR dfitnah beri rasuah wang&seks shingga BN mmrampas kerajaan Perak tanpa mgkut saluran undang2 dia mndiamkan diri.Pkatan buat laporan polis dakwa Umno mggunakan bomoh dlm sdang Dun itu dia tknak ulas.Apa lg yg blh dharapkan pd mufti sekor ni.. Pd Haruan sani,kamu jgn nk myibuk dn mncampuri urusan politik,kamu tu Mufti,klau minat brpolitik letak jawatan,mari brtanding plhanraya ke13 nnti.Aku cabar kau lawan DS Nizar dPasir Panjang.Ada brani ka?

Tanpa Nama berkata...

tuan mufti.. bila PR menang kat perak aritu, walau DAP majoriti, tapi still orang melayu Islam gak jadi menteri besar..apa nak takut?

abih smua umno guna utk kepentingan dia.. polis,spr,sprm dan sekarang.. Mufti.. haha.. lawak sungguh..