30 Julai 2010

SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail.

Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu.

Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran?

Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'.

Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku?

Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah drs khalil.... satu sindiran yang tajam.

Tanpa Nama berkata...

Harap Saiful pegi cepat2 ke Masjid Negara buat `sumpah laknat' untuk membuktikan kebenarannyer..hehehe

Tanpa Nama berkata...

allah akan tunjukkan kebenaran nya

Tanpa Nama berkata...

harap harap Tuhan mempercepatkan balasan keatasnya.

Tanpa Nama berkata...

betul tu YB, dengan 'pengajaran' yang telah diberikan kita harapkan kepada yang terlibat agar jangan suka membuat fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Kita patut minta Harussani jadi "orang tengah" dengan isu saiful dua alam.

Tanpa Nama berkata...

ALLAH Akan turunkan BALA buat SI BEDEBAH ini dan Mungkin Bala yang Akan Allah turunkan tempias kepada kita sama. istifarlah banyak banyak semuga kita di lindungi nya..

mariana berkata...

tuduhan berzina satu tuduhan yang berat.tanpa saksi tanpa bukti hanya mendengar cakap orang.ALLAH MAHA BESAR,TERSERAH PADANYA.BERDOSALAH KALAU TIDAK BENAR,

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa terpanggil untuk turut suarakan kesedihan atas penghinaan yg dilemparkan kepada Pemuda Soleh tersebut. sudahlah "diliwat" berkali2 oleh org tu, ini ditambah lagi berita skandal dgn anggota tim pendakwa. Ini bagi saya bukan apa-apa cuma ia adalah satu bentuk kerjasama untuk mendakwa org yang meliwat sifool. Saya amat berharap Uncle pet membuat kenyataan secepat mungkin di TV3 dan Astro HD (B-yond) dan mencabar mana-mana org yg menuduh anak sedaranya. sungguh tak patut membuat tuduhan skandal sedangkan sifool menjalin kerjasama erat sahaja. jgn cepat buat tuduhan begitu. Tak bagus kerana ini memalukan bapanya, lawyernye, 1Malaysia juga malu termasuk uncle Pett sekali. Mungkin selpas Pemuda soleh sifoo;l buat sequel sumpah laknat barulah bersih kembali nama Sifool. Adalah diharap Senator Ezam dapat mengatur majlis sumpah laknat disusuli ucapan berapi kesluruh 1 Malaysia nanti. Saya amat berharap dapat disegerakan sebelum Pilihanraya ini. Agak lama tidak mendengar ucapan Ezam kali terakhir dikuantan tempohari sewaktu beliau bersama-sama Roslan Kasim menghentam kepimpinan Kerajaan. Syukurlah beliau telah kembali kepangkal jalan dan berjaya mendapat bermacam2 imbuhan sebagaimana sekarang. Sepatutnya dari dahulu lagi beliau menginsafi perbuatan lalu dan mungkin beliau menjadi Menteri Pertahanan contohnya. adalah diharap beliau akan menjadi Menteri penuh selepas pilihanraya nanti. walau bagaimana pun diharap beliau selesaikan masalah melanda Tim Pendakwa ini. tangkap saja mana2 orang yg membocorkan hubungan mereka. Kasihan tunang Saifool. Harap dia bersabar dengan dugaan yang AMAT berat ini. selepas ini entah siapa pula yang akan mencalit arang di muka pemuda berhati mulia ini. sama-sama lah kita 1 Malaysia mendoakan pemuda ini mendapat rahmat atas niat murninya menegakkan keadilan..wallah hu a'lam