09 Julai 2010

Terkini : Ust. Ibrahim dibebaskan di Mesir, dalam urusan pulang ke Malaysia.

24 Rejab 1431H.

Ustaz Muhamad Zulkifli Zakaria (gambar), 41 yang ditahan sejak 13 Jun lepas oleh oleh pihak berkuasa Mesir seperti yang dilaporkan sebelum ini dimaklumkan telah dibebaskan dan dalam urusan untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Demikian satu pesanan ringkas berupa pengesahan yang diterima sebentar tadi dari YDP PAS Kawasan Lenggong, Hj. Razman Zakaria.

Muhamad Zulkifli, 41, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Beliau merupakan bekas calon PAS bagi Parlimen Lenggong dalam PRU ke 12 yang lepas. Selain itu Ust. Ibrahim(nama panggilan) juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak pada masa sekarang.

Berhubung dengan penahanannya Dewan Ulamak PAS Perak telah mengarahkan kepada semua PAS Kawasan di Perak untuk mengadakan Solat hajat untuk kesejahteraan kepada Ust. Ibrahim, semuga beliau terus tabah menempuh ujian getir ini.

Sebelum ini juga beliau telah ditahan tanpa bukti dengan akta zalim ISA selama 6 tahun.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, semoga kemantapan akan bertambah lagi. Untuk Ust Ibrahim & keluarga tahniah dan bersabar, semoga Allah lebih merahmati dan memberkati kehidupan dunia dan akhirat. Insha Allah.