26 Ogos 2010

42 maut, 54 terselamat pesawat China terhempas

15 Ramadhan 1431H.

BEIJING: Sebuah pesawat China (gambar) berkecai dua ketika cuba mendarat dalam keadaan kabus tebal, menyebabkan sekurang-kurangnya 42 mangsa maut dalam kemalangan terburuk pertama di negara itu sejak enam tahun lalu.

Penerbangan domestik, Penerbangan Henan, membawa 96 penumpang termasuk lima anak kapal ketika ia terhempas ke tanah, lewat Selasa (waktu tempatan), berdekatan lapangan terbang di timur laut bandar Yichun, iaitu kawasan pedalaman wilayah Heilongjiang.

Menurut pihak berkuasa penerbangan China (CAAC), 54 mangsa terselamat dan punca kemalangan adalah masalah teknikal lampau yang pernah dihadapi pesawat bagi model ERJ-190 itu, iaitu jet buatan syarikat Brazil Embraer. Agensi berita Xinhua berkata, kapten pesawat itu antara yang terselamat tetapi menghadapi kecederaan muka dan tidak dapat bercakap ketika ini. - AFP

Tiada ulasan: