16 Ogos 2010

China Berkabung Sehari untuk Mangsa Bencana Banjir Lumpur


5 Ramadhan 14341H.

Untuk menyatakan rasa duka cita kepada mangsa-mangsa bencana banjir lumpur yang dahsyat yang melanda Zhouqu, provinsi Gansu, Dewan Negara China memutuskan mengadakan upacara perkabungan kebangsaan pada hari ini. Bendera kebangsaan di seluruh negara, Kedutaan Besar dan Konsulat di luar negara akan dikibarkan setengah tiang bagi menyatakan takziah. Selain itu, semua aktiviti hiburan akan dihentikan sementara.

Menurut maklumat terkini Jabatan Pimpinan Tindakan Menyalamat di Zhouqu Gansu, setakat pukul 4.00 petang 14 Ogos lepas, bencana banjir lumpur yang dahsyat yang melanda Zhouqu meragut 1,239 nyawa dan 505 lagi masih belum ditemui.

Menurut Agensi Berita Xinhua, setakat semalam, seramai 9,852 orang mangsa di kawasan bencana Zhouqu telah dipindah ke tempat yang selamat. Antaranya, tiga buah tempat penempatan mangsa yang tetap yang ditubuhkan di Zhouqu sudah beroperasi menampung 1,552 orang. Selain itu, lebih 8,300 orang diatur berpindah ke rumah saudara mara atau kawan-kawan mereka.CRI/-

Tiada ulasan: