17 Ogos 2010

Disebalik Tragedi Memali 1985

6 Ramadhan 1431 H
http:tukulbesi.blogspot.com

19 November mengingatkan saya peristiwa hitam yang berlaku 25 tahun dulu di negara kita yang hampir dilupakan oleh umat Islam. Ketika itu saya baru selesai mengambil peperiksaan SRP di SMK Jengka Pusat tahun 1985.

Lepas solat Maghrib di Masjid Jengka 16,beberapa orang jemaah yang baru hadir untuk solat Isya mengkhabarkan berita panas dari utara tanahair.Ceritanya ,beberapa orang yang dikatakan pengganas dan terlibat dengan ajaran sesat terkorban dalam pertempuran dengan polis di Baling Kedah.

Bapa saya ketika itu masih ahli Umno, tumpang sekali dalam perbincangan tak rasmi di masjid sementara menunggu solat Isya'."Kumpulan selendang merah ke?",celah beliau.Ketua kumpulan tersebut katanya bernamanya Man Libya.

"Kalau tak silap aku,Man Libya ni penceramah kat kawasan Baling tu",kata Pak Long Zaini yang berasal dari Kulim Kedah.

Esoknya terpampang didalam akhbar,14 orang pengganas,dan 4 anggota polis terkorban dalam pertempuran di Memali,Mukim Siong,Baling,Kedah.Ketua pengganas itu ialah Ibrahim Libya@Man Libya turut terkorban. Ibrahim Libya telah pun mengumpulkan penjenayah penjenayah yang dikehendaki polis di rumahnya yang dijadikan markaz kumpulan itu.

Sehari selepas itu keluar pula berita di akhbar,Haji Abdul Hadi Awang Naib Yang Dipertua PAS Pusat berkata,"Sekiranya Ibrahim Libya yang dimaksudkan itu ialah Ibrahim Libya yang saya kenali,maka dia bukanlah pengganas tetapi dia ialah seorang pejuang Islam".

Tanda tanya yang bermain di kepala rakyat mulai terungkai.Akhirnya isu Memali menjadi isu yang panas.Tuan Guru Haji Abdul Hadi pemidato terkenal ketika itu dalam ceramahnya mengenai kejadian Memali di Kg Sentosa Maran menyelar kekerasan polis ke atas penduduk kampung yang dhaif sehingga sanggup membunuh mereka.

Lebih kurang tiga bulan berlalu,isu itu terus panas.Berbagai berita dari Memali sampai ke Jengka membangkitkan semangat ahli ahli PAS untuk menziarahi tempat bersejarah itu.Bapa saya yang belum menjadi ahli PAS terpanggil untuk melihat dari dekat cerita yang sampai ke Jengka itu.

Bersama dengan beberapa orang jiran dan ahli ahli PAS yang baik hubungannya dengan bapa saya,mereka berangkat ke Kedah menziarahi Kampung Memali, kubur syuhada di Parit Panjang dan bertemu mangsa mangsa Memali yang baru dibebaskan dari tahanan polis.

Kubur syuhada ternyata masih berbau wangi walaupun Umno tak pernah percaya dengan kelebihan orang mati syahid sama seperti orang hari ini yang tidak percayakan syahidnya Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas.Semuanya dianggap bohong, mereka pengganas, mana mungkin dapat pangkat syuhada.Tetapi tanda tanda yang dikurniakan Allah kepada mereka menambahkan keyakinan hati akan kesyahidan mereka.

(Beberapa tahun lalu ketika Zainudin Maidin memainkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali,berlaku satu kejadian tanda kebesaran Allah. Seorang penduduk Memali yang terlibat dalam kejadian tersebut telah menghidu bau wangi yang luar biasa dari bawah rumahnya.Apabila dicari,bau wangi itu rupanya datang dari kain yang sudah lusuh yang terselit di bawah rumahnya.Lalu dia teringatlah, kain itu terdapatnya kesan darah syuhada Memali hampir 20 tahun lalu yang disimpan di rasuk rumahnya.Begitulah tanda kemulian syuhada Memali)

Pulang dari Memali,bapa terus menyertai PAS bersama dangan beberapa orang rakannya dari Umno.Apa yang saya ingat bapa saya pernah menjadi Setiausaha Umno Cawangan Jengka 16. Saya sendiri pernah membantunya menyiapkan surat jemputan untuk mesyuarat Agung Umno Cawangan ketika itu.

Alhamdulillah kerana Peristiwa Memali ,bapa dan kami sekeluarga beserta jiran jiran telah bersama dengan perjuangan Islam sehinggalah ke hari ini.

Perjuangan membela mangsa Memali melalui tempoh yang cukup panjang.Setelah berpuluh orang mangsa kezaliman Memali selaku saksi utama kembali ke rahmatullah, akhirnya selepas dua puluh tahun, Mahkamah Tinggi Alor star memutuskan tindakan polis membunuh orang Memali adalah tindakan yang salah.Kerajaan telah diarahkan membayar sejumlah ganti rugi kepada mangsa terlibat.

Dalam tempoh berlakunya kezaliman ke atas umat Islam di Memali, Umno tidak diizinkan Allah untuk mendapat apa -apa laba dari kezaliman mereka.walaupun dalam pilihanraya tahun 1986, PAS hanya dapat satu kerusi Parlimen melalui Almarhum Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa, tetapi selepas itu Umno berpecah dua pada 1987 dengan lahirnya team A dan Team B yang kemudiannya saling tuduh menuduh tentang siapakah yang merancang kejadian Memali.

Mahathir menyalahkan Musa Hitam, Musa menuding kepada Mahathir. Tidak pula ketika itu mereka menyalahkan pembangkang. Apa yang nyata Peristiwa Memali adalah angkara kezaliman Umno. Umno akhirnya diharamkan .Kemudiannya muncul pula Semangat 46 dan Umno Baru.

Natijah dari kezalliman mereka tahun 1990,Kelantan jatuh ke tangan PAS sehinggalah hari ini.Selepas lebih 22 tahun,Kedah pula jatuh ke tangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita menikmati kemenangan pada hari ini hasil pengorbanan orang terdahulu yang tidak sempat untuk melihat hasil perjuangan mereka.

Ustaz Ibrahim Libya, Pak Ya Junid, Ustaz Azahari, Cikgu Mustafa Long, Ustaz Suhaimi dan Dato Hj Fadzil Mohd Nor, mereka semua tidak sempat untuk melihat Kedah ditadbir Parti Islam.Itulah perjuangan dan pengorbanan.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Tapi, bagaimana dgn Ridhuan Tee? Tak kurang ajar ke?

Saya memang mencari feedback YB....

Awanama berkata...

strategi dajjal...
yg haq dikatakan salah, yg batil dikatakan betul sebetul2nya..
umnot dgn media2 pengampu

Awanama berkata...

Alhamdulilah, jelas terang benderang dan tak terselindung lagi bahawa bagi kes memali umno biasa membunuh orang apalagi memfitnah. Apa agaknya sekarang ni si ZAM (aka Awang Selamat utusan meloya pada zaman tu). Tak rasa berdosa langsung ke? Agaknya rasa berdosa pun tak ada apatah lagi berdosa. Ini lah peganggan puak-puak umno .... halal-haram tak kira, asalkan berkuasa bermaharajalela ... semua aku punya dan ikut apa aku kata.

Sekarang ni tak tahu berapa banyak si najib bayar kat astro arah tayang pula cerita kumpulan alma'unah versi umno. JANGAN percaya dengan dak'yah dan penipuan umno ni ....

Awanama berkata...

peristiwa & syahid memali tidak pernah menjadi keinsafan buat UMNO. UMNO tiada keyakinan kepada kebesaran ALLAH s.w.t. UMNO lebih yakin pada kekuatan politik kotor yang telah mereka amal.
UMNO akan hancur berkat dari doa mangsa-mangsa yang telah mereka zalimi....

naga koi berkata...

jangan tanya kat awang selamat tu tentang halal dan haram senang je dia jawab AIR DENGAN MINYAK MANA BOLEH CAMPUR

Awanama berkata...

Puak memali tentang UMNO..dapat shayid.
Ustaz fadhil Noor lawan dgn UMNO..ALLAH muliakan jenazah beliau dengan beberapa petunjuk..
Lawan dengan UMNO..ALLAH telah tunjukkan...
Sokong UMNO pun ALLAH s.w.t telah tunjukkan
Adun UMNO mati terkejut kerana kalah pilihanraya...
Adun UMNO bunuh orang...
Adun UMNO bunuh diri...

Awanama berkata...

sy baru tau berkaitan MEMALI ini... langsung x penah dgr.... kejadian itu berlaku ketika usia saya baru 1 tahun 7 bulan..... apapun... alfatihah untuk para syuhada' MEMALI 1985 -_-'

Awanama berkata...

Saya tidak menyokong mana-mana parti cuma ingin bertanya pada yang lebih arif....adakah seseorang itu mempunyai hak menentukan dosa atau pahala seseorang....serta jamin masuk syurga atau neraka...