19 Ogos 2010

Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama

8 Ramadhan 1431 H
Oleh: Kamarina

SUBANG, 17 Ogos: “Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini.

“Saya tidak pernah menerima sumbangan seperti ini sebelum ini. Ini merupakan rezeki dari Allah,” ujarnya yang merakamkan perghargaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Dr Halimah menyampaikan cek bantuan tersebut untuk membaik pulih fizikal sekolah agama.

Majlis utama fasa satu mengenai bantuan itu kepada sekolah agama rakyat telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ma'had Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar Kampung Asahan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 10 Ogos lalu.

Pada majlis itu, seramai 120 daripada 136 penerima hadir sementara yang selebihnya disampaikan sendiri Dr Halimah dengan pergi ke sekolah berkenaan di samping meninjau masalah yang dihadapi.

Kerajaan negeri telah meluluskan RM2.666 juta daripada RM6 juta yang diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat pada tahun ini.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang benar lah tu walaupun aku bukan ahli politik dan ahli mana2 parti politik ...tp sentiasa memerhatikan perkembangan politik tanah airku...bukan saja di selangor tp di tmpt2 lain pun lebih kurang sama juga..Bantuan2 utk sekolah2 agama diberhentikan mungkin takut nanti penuntut2 apabila dewasa akan menjadi penyokong PAS atau menyertai PAS..kalau kita sebagai bapa yg mempunyai 3 anak, yg 2 org kita bagi wang saku dan lain2 keperluan manakala yg 1 lg kita x bg lansung.kamu cari lah sendiri duit utk keperluan kamu..aku bg makan aje dah cukup..Allah pun murka dgn sikap kita ini..berbalik kpd sekolah2 agama yg kita putuskan bantuan atau kurangkan bantuan nya maka secara tak lansung kita memalapkan cahaya Islam drp menyinari bumi malaysia...Alhamdulillah kalau k'jaan negeri berbuat begitu maka mudah bg anak2 yg miskin dpt bantuan..dan akan meramaikan lg Insan Rabbani..dan berkembangnya Nur Islam di bumi Malaysia..dan bertambah berkat lah pemerintah k'jaan negeri..InsyaAllah.