20 Ogos 2010

Mutiara kata Nik Aziz dibukukan

9 Ramadhan 1431 H

KOTA BHARU, 18 Ogos: Pemuda PAS Kelantan menerbitkan sebuah buku khas yang berupa petikan kata-kata hikmat dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku bertajuk 'Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010' itu disusun sendiri oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

"Insya Allah ia akan dilancarkan Jumaat ini di Dataran Ilmu," kata Fadhli kepada Harakahdaily.

Jumaat ini sebagaimana biasa adalah hari kuliah mingguan yang diberikan oleh MB Kelantan itu.

Ribuan umat Islam termasuk para peniaga kebiasaannya memenuhi perkarangan Pejabat PAS Kelantan yang dinamakan Dataran Ilmu pada setiap Jumaat untuk mendengar kuliah dari Nik Aziz.

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan (DPPNK) untuk sambutan 20 tahun kerajaan PAS Kelantan Oktober ini.

Buku setebal 126 muka surat dijual dengan harga RM10. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Fadhli Shaari melalui ahmadfadhli80@yahoo.com atau di talian 019-9070868.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: