24 September 2010

Cerita Pengawal Sempadan Etnik Kirgiz

14 Syawal 1431 H

Daerah Ketenteraaan Xinjiang segera menghantar helikopternya untuk menyelamatkan anggota keluarga Wusiman. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membalas budi mereka.

Suatu petang dalam bulan Mei tahun ini, Wusiman tiba-tiba terserempak dengan beberapa orang yang tidak dikenali identitinya telah memasuki kawasan sempadan. Oleh itu, beliau telah menunggang kuda untuk melaporkan perkara ini kepada balai polis.

Balai polis segera menghantar anggota polis menuju ke genting gunung Butnunake dan telah menahan dua orang yang disyaki memasuki kawasan sempadan secara haram. Wusiman dan polis telah menahan 35 orang yang cuba memasuki kawasan sempadan secara haram pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Wusiman telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak polis. Yalikun, seorang anggota polis berkata Wusiman telah banyak membantu kami untuk melaksanakan tugas. Kami berasa amat terharu atas bantuan ini.

Yalikun memberitahu wartawan bahawa beliau pernah terjatuh daripada kuda kerana mengalami sakit perut sewaktu dalam perjalanan meronda di kawasan sempadan.

Wusiman dan ahli pengawal yang lain telah menghantar beliau ke hospital untuk dirawat. Wusiman telah bertugas di dataran tinggi di tanah gersang yang dipenuhi batu batan, dan gunung-ganang yang curam serta puncak gunung yang unik beraneka bentuk selama beberapa puluh tahun.

Wusiman ialah bapa kepada 5 orang anak lelaki. Anak lelakinya yang bungsu juga merupakan anggota pengawal sempadan pada masa ini. Sejak berumur 6 tahun lagi dia telah mengawal sempadan bersama-sma dengan bapanya.

Penduduk etnik Kirgiz digelar sebagai etnik pengawal sempadan di China sejak zaman purba. Mereka berpendapat bahawa gunung-ganang disifatkan sebagai bapa manakala aliran sungai disifatkan sebagai ibu mereka.

Mereka telah mencurahkan sepenuh setia kepada tanah air. Ramai pengawal sempadan yang sama seperti Wusiman telah mengawal tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dan mencurahkan penuh keikhlasan kepada tanah air serta kampung halamannya.

CRI/-

Tiada ulasan: