03 September 2010

Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...

23 Ramadhan 1431H.

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin (gambar).

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.


"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

khir toyo x habis2 nk buat lawak

Tanpa Nama berkata...

Ooooi Toyo tuwek.....Udah le kang, ojo buat lawak lagi le....nanti kang mati terkakang...malu satu Negeri Selangor Kang...wawawawaw TOYO the JOKER..tiap tahun TOYO dapat BONUS 135,000.00 kali brapa tahun dia mentakbir NEGERI SELANGOR. ni YM SULTAN tak tahu ke TOYO ni dah meketedarah DUIT RAKYAT SELANGOR MELAMPAU macam PELAMPAU2 Zionis.

Raziq Najab berkata...

Khir Toyo tu manusia ke xxxxx?
Bila tuan dia dah mati jadi lapar darah la tu

Tanpa Nama berkata...

kadang kala manusia tidak ambil pengajaran dari Al-Quran. sebagai contoh dalam surah Lahab, jelas Allah tujukan ayat itu pada abu lahab. tetapi abu lahab terus mencerca Nabi s.a.w. Begitu juga dengan bekas mb ni. dia terus menimbulkan komen yang terus memburukkan dirinya sendiri. kalau macam inilah sifat dan sikap sebagai seorang mb, patut le dia boleh beri hadiah penyapu suatu masa dulu.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak keluar berita TV3 or utusan ek bgth sume rakyat Malaysia? Najib & Toyol mesti takut. Harap YB Khalid dapat mengambil tindakan sebijak2nya. PKNS boleh disoal siasat kerja tak ikut procedure. Habis duit rakyat selangor selama khir toyo pegang. patut ler asyik nak naikkan cukai.