07 September 2010

JPJ nafi DBQ1 milik pemangku raja K'tan

27 Ramadhan 1431 H

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim menafikan mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media semalam bahawa pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

Beliau menjelaskan sehingga ini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.

Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000.

"Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: