18 September 2010

'Ustaz Kamal' MIC masuk masjid .



9 Syawal 1431H.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.


"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Sumber berita : Malaysiakini/-

7 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO,BN dan perkasa sebenarnya yang menghancurkan negara dan mencetuskan perkauman. Merekalah sebenarnya telah menjadi pengkianat negara dan bangsa majmuk Malaysia.

Gedong Lalang berkata...

Sejak dahulu lagi BN/Umno bersikap pura-pura didalam masalah Islam didalan negara ini. Sebelum ini ramai pemimpin pemimpin bukan Islam dari MCA, Mic, Gerakan dan lain-lain komponen BN dengan sewenang2nya telah masuk ruang sembahyang masjid memberi ucapan, tapi tiada apa larangan dari pihak masjid. Yang anehnya bila ahli Parlimen Serdang menziarahi surau pihAK Umno telah mengada tunjuk perasaan mengatakan ahli DAP telah menghina Islam.

Yang anehnya bila Ustaz Kamal dari MIC (bukan Islam) telah masuk ruang sembahyang Masjid Kg Soeharto dengan ditemani oleh pihak MAIS mengapa pihak Umno berdiam seribu bahasa. Adakah orang bukan Islam dari BN dapat kebenaran khas daripada MAIS untuk melanggar peraturan yang dikeluarkan.

Awanama berkata...

saya ingin saman org 2 yang dok tulis ustaz kamal dari mic ni, sebab saya rasa terhina dengan nama ni, sebab nama saya pun kamal

safwan b nahrawan berkata...

org yg kurang ilmu akan percaya fitnah itu. Ingat sesiapa yg merancang fitnah adalah MUNAFIQ dan siapa yg bantu sebarkan fitnah tersebut adalah hukumnya FASIQ.

safwan b nahrawan berkata...

org yg kurang ilmu akan percaya fitnah itu. Ingat sesiapa yg merancang fitnah adalah MUNAFIQ dan siapa yg bantu sebarkan fitnah tersebut adalah hukumnya FASIQ.

Awanama berkata...

ada yang murka tak?

Awanama berkata...

beEND(UMNO) udah tak ada modal politek. Benda2 kecil camni pun nak diperbesarkan.Puak2 ulammamak umno pun sokong 100%,manalah tau naik no jadi calun beEnd PRU 13 nanti.Jgn jadi cerita ali baba dgn 40 penyamun,dah samun sani dekat nak mati kata aku mati dalam beriiiman