08 Oktober 2010

Kemelut PKR tak akan jejas PAS pertahan Galas

28 Syawal 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS menganggap pendedahan Rahimi Osman - bekas pembantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - berhubung dua akuan bersumpah yang didakwanya "tidak tepat", tidak akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara berkenaan "tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini" kerana terdapat banyak isu tempatan yang boleh diketengahkan.

"Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini. Banyak isu tempatan (yang boleh diketengahkan). Ia tidak ada masalah," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di ibunegara pagi ini.

Mustaffa menjawab soalan pemberita berhubung satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan - oleh bekas pembantu ketua umum PKR itu.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan sekumpulan lelaki yang membantahnya.

Rahimi bagaimanapun sempat memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008 adalah tidak tepat dan beliau dipaksa berbuat demikian.

Mengenai pelantikkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya di Galas, Mustaffa berkata pelantikan yang dianggap sebagai 'senjata rahsia' Umno itu mungkin membawa padah.

Katanya, Razaleigh memang tidak dinafikan sebagai pemimpin berpengaruh Umno di Kelantan, namun beliau mempunyai banyak pandangan yang berbeza dengan Putrajaya.

“Beliau umpama pedang dua mata,” kata Mustaffa.

Sejak menganggotai Umno semula pada 1996, Razaleigh dilihat dipinggirkan oleh Umno tetapi dibiarkan 'berkuasa' di parlimen Gua Masang yang mana Galas terletak.

Sejak beberapa tahun itu, Razaleigh seringkali membidas Umno berhubung dasar parti dan kerajaan. Antara yang terbaru ialah keenganan kerajaan persekutuan memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

"PAS menganggap Ku Li merupakan pemimpin yang paling berpengaruh (di Gua Musang). Kita hormatinya....Kita tidak boleh pandang mudah. Kita masuk pilihan raya ini, saya yakin Datuk Abdul Halim dan jentera operasi akan memainkan peranan," katanya.

Mustaffa merujuk kepada pengarah pilihan raya PAS pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang turut hadir bersama pada sidang media hari ini.

Abdul Halim pula berkata PAS optimis untuk mempertahankan kerusi DUN berdasarkan analisis dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya itu, menurutnya, jumlah pengundi di DUN Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826, manakala calon PAS mendapat 4,143.

"Dari segi (perangkaan) ini sahaja, Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh) menjadi calon, dia (BN) akan kalah. Dari fenomena ini, tidak sukar untuk PAS mempertahankan kerusi itu," katanya.

Ditanya mengenai calon PAS, Mustaffa berkata parti itu dijangka bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan perkara itu selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam, Mohon kepada Tuan rakan blogger agar linkkan blog sy pada blog Tuan sebagai link exchange (Pertukaran link blog ) Terima Kasih!! . http://propasblog.blogspot.com/

Awanama berkata...

Lagi banyak serangan merapu umno terhadap PR, lagi masyarakat benci kepada umno. Ianya akan menambah infak kepada PR. Kalau wakil rakyat umno beri duit kepada anak-anak tuan/puan tanya dulu dari mana sumbernya,yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, tapi meragukan itu hendaklah ditolak (sebab umno adalah sinonim dengan perasuah, penyelewengan, taik judi, pecah amanah).