08 Oktober 2010

MB Kedah serah SPRM siasat penyelewengan air

28 Syawal 1431 H

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan BN membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod.

"Kita tengok banyak penyelewengan dari segi harga contohnya pembinaan loji air di Lubuk Buntar (dekat Kulim) untuk 25 juta liter air, kos sebenar pembinaannya ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta, tapi wang yang dibelanjakan ialah RM65 juta.

"Maklumat ini kita dapat secara tak rasmi, kalau nak yang rasmi SPRM kena cari," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu.

Azizan berkata bukan tugasnya untuk membuat laporan kepada SPRM sebaliknya sesiapa sahaja boleh berbuat demikian kerana beliau telah membuat pendedahan mengenai penyelewengan itu.

"Kerja lain banyak lagi nak buat. SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM patut siasat, kalau ada berani lah. Selalunya puak2 UMNO akan berdemonstrasi, sila lah berdemonstrasi depan pejabat MB. Kalau SPRM senyap & balaci2 UMNO (Pemuda) senyap bermakna rakyat Kedah kn tipu dek BN selama ni. Sedap pulun duit rakyat... takut nak mengaku ke sekarang?

We already know ~ BN always corupption... byk lg projek yg salah guna duit rakyat. Akhirnya rakyat yg kena bayar lebih bertahun2 tak habis seperti projek plus. Kerajaan BN tahu naik harga je.