29 November 2010

Eksklusif : Umpama Mimpi Dalam Mimpi

22 Zulhijjah 1431H
Laman Nurani

Bagaikan bermimpi, apabila terdengar akan kesenangan yang bakal dikecapi setelah sekian lama hidup menaruh kepercayaan kepada sungai untuk menuju ke sekolah, ke pekan, pasar minggu, hospital, dan sebagainya.

Setelah hampir sekian lamanya rakyat ditipu oleh penipu-penipu berhemah dan berlesen, namun setelah episod penipuan ini membuat satu lagi tipu helah, ingin membina sebuah jalan penghubung iaitu gertok, ataupun jambatan, maka bagaikan suatu mimpi indah yang bakal dikecapi oleh penduduk di pedalaman ini.

Kawasan yang dimaksudkan ini ialah di Kaswan Kampung Biak A & B serta di Kampung Kandek, di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, juga di dalam Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, Kampung Kandek merupakan sebuah kampung yang permai di Negeri Kelantan. Juga dikenali umum sebagai sebuah kampung Islamik, banyak program-program tarbiay dibuat di kampung ini. Terdapat sebuah sekolah Ugama Arab disini. Sejak dahulu lagi, anak-anak pelajar di kampung ini disekolahkan sejak kecil di sekolah agama tersebut. Jika dari segi geografi,

Kampung Kandek memang teletak di kawasan pedalaman dan tidak ada jalan keluar masuk, kerana hanya satu jalan sahaja yang digunakan untuk masuk dan keluar dari Kampung Kandek ini. Seoalah-olah jika kita sampai di Kampung Kandek ini, ianya merupakan jalan mati, kita tidak dapat lagi memandu ke destinasi seterusnya, The End of Road.

Dipisahkan dengan sebatang sungai yang mashyur, Sungai Pergau, terdapat 2,3 buah kampung lagi di seberang sana. Kampung tersebut juga dihuni oleh manusia yang makan di pinggan, minum di cawan dan gelas, serta membuang air di jamban dan tidur di atas tikar serta katil. Mereka juga manusia seperti kita, bertutur bahasa Kelantan dan mempunyai nafsu untuk berumah tangga dan memiliki kemewahan sendiri.

Kampung yang saya maksudkan ini diberi nama Kampung Biak A dan kampung Biak B. Soal asal usul nama kampung saya tidak mahu persoalakn disini, tuan puan bolehlah berjalan ke sana berjumpa penduduk untuk mengetahui asal usul namanya.

Di Kampung Biak A, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Biak serta sebuah kelinik kesihatan yang diberi nama, Kelinik Kesihatan Desa Biak A. Masyarakat disini rata-ratanya penoreh getah serta bekerja sendiri untuk makan minum pakai isteri, anak, mak mertua, pak mertua, cucu, serta menantu mereka.

Pelajar yang bersekolah menengah pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan ada juga yang bersekolah di sekolah ugama di Kampung Kandek. Untuk ke Dabong serta ke Kandek, tidak jalan lain, tidak ada awan Dragon Ball untuk ke sana, tidak ada tikar terbang Lakasaman Do Re Mi, serta tidak ada papan luncur Spider Man, yang ada cuma lah sampan, rakit, serta jeriya jah.

Setiap hari, pehubungan dengan bandar-bandar, pekan-pekan untuk mendapatkan makanan, pakaian, beras, gula, sekut senik, sekut tawar, cakelat, cikedis, cuka, budu, sos cili, sos tiram, berger, nugget, kredit hanset, basikal dan sebagainya terpaksalah menggunkan sampan atau bot, atau jeriya atau rakit untuk menyeberangi Sungai Galas ke Kampung Kandek.

Bila sampai di Kampung Kandek, terasa sudah sampai di sebuah tanah besar. Langkah sudah boleh diatur untuk ke Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kota Melaka, Kota Sarang Semut, Kota Kubang Labu, Kota Raja, Kota Kinabalu dan Kota Konstantinople.

Menurut penduduk disini, sudah beberapa kali penduduk di Kampung Biak yang bersalin di atas bot dalam perjalanan untuk ke hospital. Malangnya hospital atau pusat kesihatan yang paling dekat adalah di Dabong atau di Kuala Balah serta di Jeli.

Penduduk yang ingin menyeberang menunggu bot penambang mengambilnya, mereka melaung sekuat hati ataupun dengan membunyikan hon motosikal untuk memberi isyarat kepada pemandu bot. Untuk makluman, pemandu bot tersebut kadang-kandang tidak ada sepanjang masa di sungai. Bukan kerja dia bro, dia buat pun dah kira syukur. Bayaran tambang pun bukannya mahal mana pun.

Bayangkanlah jika ibu yang hamil mengadu sakit perut, ada pesakit yang tak boleh berjalan terpaksa menuruni bukit yang curam untuk menaiki bot untuk menyeberangi sungai bagi mendapatkan khidmat kesihatan di kawasan Dabong atau Jeli. Memang kelinik desa sudah ada, tetapi apalah yang mereka boleh buat jika berdepan dengan kes-kes yang se-rius atau dua-rius.

Selain itu juga, pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di Dabong terpaksa mengadai nyawa mereka untuk menyeberangi sungai tersebut. Pernah juga berlaku buku-buku terjatuh ke dalam sungai, pelajar-pelajar lemas di sungai serta jika musim tengkujuh, mereka tak dapat untuk ke sekolah kerana tak berani meniki bot, airnya deras. bayangkan jika di musim peperiksaan seperti UPSR, PMR serta SPM macam mana.

Inilah serba sedikit fenomena dan keadaan yang dialami oleh penduduk di Kampung Biak A dan Biak B di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Sebuah jambatan menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini WAJIB dibina segera. Sudah cukup azab mereka di sana sekarang ini.

Pabila ada seseorang pemimpin berjanji untuk membina sebuah jambatan di dalam kempen pilihanraya, maka ianya Umpama Mimpi Dalam Mimpi bagi penduduk di sini, adakah benar? Sungguh ko? Yo lo ko? Biar betul? Sengoti eh? Mu tahu mana? Kecek molek sikit!!!...inilah pertanyaan yang diajukan apabila ada yang menyampaikan janji2 pemimpin terbabit kepada orang kampung. Seoalah-olah tidak percaya dengan janji tersebut.

Maka pilihanraya berlalu, siap menang, siapa kalah dan diumum. Maka giliran pengundi, menuntut segala janji-janji tersebut. hari demi hari, minggu demi minggu, di kedai-kedai kopi dan horlicks, tak ada isu lain, isu jambatan jer dicakapkan serta dibualkan.

Sengih mulut-mulut sekaan-akan jambatan yang bakal dibina akan terpacul di depan mata. namun setelah beberapa bulan, tidak nampak pun akan dibina. Cukup setahun, penduduk mula masam muka, dan semakin masam setelah masuk 3,4 tahun. Maka ketahuilah, semuanya tipu belaka. Cisss!!! kata penduduk kampung.

Maka berlaku sekali lagi pilihanraya umum, pemimpi terbabit dihukum rakyat ekoran janji palsunya. Maka penduduk memilih pemimpin lain yang dijangka boleh menolong dan merealisasikan impian mereka terbabit.

Maka pada awalnya, kerja-kerja ukur dilakukan, lega sikit penduduk, mungkin di dalam hati, "Jadi sungguh dah kali nih jambatan kita...". Kerja ukur sahaj dan 3,4 kali di buat...Namun rupanya tengahari tu hujan...ingatkan panas hingga ke petang, sehingga saat ini memang masih lagi "kemarau jambatan juga...' Kesian....

Penduduk sekali lagi menjadi masam. Terasa ditipu lagi...cuba fikir macam mana rasa jika kena pada kita??? Jangan duk mengata penduduk terbabait, sebaliknya fikir jika ianya kena pada kita sendiri.

Sekarang ini, semuanya masih lagi menggunakan sampan sebagai alternatif yang ada untuk menghubungkan dengan banadr-banadr yang kononnya maju tuh sehingga melupakan rakyat di dalam HUTAN...

Semua kenderaan penduduk Biak yang dibeli seperti kereta, van, lori, helikopter, jet pejuang, kereta kebal, terpaksa ditinggalkan di Kampung Kandek. Penuh sesak dah di Kampung Kandek dengan kenderaan mereka. Beli kereta mahal-mahal, beli helikopter mahal-mahal, beli kapal terbang mahal-mahal pun tak boleh di parking depan tangga rumah. Kesian....

Penduduk Kampung Kandek, memperoleh rezeki dengan keadaan ini dengan menyediakan bangsal-bangsal kereta dengan kadar-kadar tertentu untuk disewa. Untuk menjamin keselamatan, terpaksa juga membayarnya. Dah lah cukai jalan pun kena bayar jugak. Kesian...

Sekarang, penduduk yang ditipu ini sedang merancang untuk tidak keluar mengundi dah, kecualilah ada parti ketiga selain PAS dan BN...hahahaha..sebab mereka dan kena tipu dah dengan kedua-dua parti ini. Ini kata mereka, jangan ingat saya yang kata pulak.

Memang bila kita fikir, mereka ni jenis kebendaan sehingga tak akan kelaur mengundi. Bro, kena ingat, kita kena fikir, kenapa mereka bertindak sedemikian?? Mereka telah ditipu oleh janji-janji dai dalam pilihanraya. Kalau di berada di kampung mereka macam mana kita rasa.

Sekarang bolehlah kita cakap sebab kita berada di Kota Bharu, kita berada di Air Keroh, kita berada di Machang, kita berada di Ipoh, kita berada di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, kita berada di Ketereh. Apa kata jika tuan-tuan dan puan-puan semua mari duduk di sini buleh 2,3 hari lagu mana?? Jangan mari buat program, tetapi mari sebagai penduduk disini.

Tak kena pada kita, sedaplah kita cakap, macam-macam kita boleh cakap selagi ianya tak kena opada kita, cuba bila kena pada kita macam mana??? Renungkanlah wahai manusia yang lupa akan nasib mereka di sini.

Menunggu bot penambang pergi ambil.

Penduduk Kampung Biak A sedang menuruni tangga untuk menaiki bot ke seberang. Dari seberang, mereka sama ada berjalan kaki atau menunggang motosikal untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sebuah pondok dibina untuk berteduh dari hujan.

Antara motosikal yang ditinggalkan di Kampung Kandek


Beberapa keping gambar di bawah ini adalah menunjukkan kawasan tempat untuk penduduk meninggalkan (parking) kereta mereka di Kampung Kandek. Perkhidmatan parking berbayar ini disediakan oleh penduduk Kandek untuk memberi kemudahan kepada penduduk Biak. maklumlah, kenderaan meraka tak boleh melintasi air.

Kadar bayaran yang dikenakan dari perkhidmatan ini.

Kini, semuanya bagaikan UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI sahaja bagi penduduk di sini. Diharap agar pihak-pihak bertangungjawab yang berdegar-degar bercakap mengenai nak bela Melayu, nak bela Islam, nak bela rakyat Malaysia, nak bela rakyat Kelantan, sila lah tampil membela nasib rakyat, melayu, Islam di kawasan ini dengan segera.

Ingatlah, walaupun mereka berada di kawasan HULU Kelantan, mereka bukannya bangsat, mereka bukannya tolol mereka bukannya HINA, mereka juga membayar cukai seperti kita di Kota Bharu, mereka juga kalau nk masuk sekolah, kena bayar yuran jugak, mereka pun kalau nk masuk Muzium Negeri Kelantan,

kena bayar tiket jugak, kalau pergi hospital pun kena bayar jugak, jadi antara mereka dengan kita di Kota Bharu, tidak ada bezanya, JANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Juga keluar di sini :

http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/11/eksklusif-umpama-mimpi-dalam-mimpi.html

http://warta365.blogspot.com/2010/11/panas-kisah-rakyat-dabong-yang-masih.html

Tanpa Nama berkata...

aik....ada apa masalah?...takkan kerajaan negeri terlepas pandang kot kat kmpg ni....gua musang dh nk jd bandar takkan kmpg ni dibiarkan?...apa dh jadi?